Preview News Penting Bagi USD: 12/1/2018

Preview News Penting Bagi USD: 12/1/2018

Laporan Pendapatan 5 Syarikat Utama Menurut sumber daripada NASDAQ, lima syarikat iaitu J P Morgan Chase & Co, Wells Fargo & Company, Black

Euro: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 14-18 November 2016
Laporan Positif Tentang Brexit, GBP/USD Naik Lebih 100 Pips

Laporan Pendapatan 5 Syarikat Utama

Menurut sumber daripada NASDAQ, lima syarikat iaitu J P Morgan Chase & Co, Wells Fargo & Company, BlackRock, PNC Financial Services Group dan Infosys Limited akan mengeluarkan laporan pendapatan suku tahun keempat tahun 2017 sebelum pembukaan pasaran AS hari Jumaat.

Para pelabur melihat pertumbuhan sektor kewangan akan meningkata berikutan dasar kewangan yang semakin ketat serta perubahan dalam pencukaian.

Segala maklumat baru akan di kemaskini bagi menilai bagaiamana reformasi cukai akan memberi impak kepada peningkatan pinjaman perniagaaan oleh pihak bank serta memacu urusan-urusan korporat.

Jualan Runcit & Indeks Harga Pengguna Teras (CPI) AS

Para pelabur akan mengikuti perkembangan kedua-dua laporan di atas bagi melihat keadaan inflasi semasa serta petanda kepada kemajuan ekonomi AS yang berterusan. Bacaan ini penting untuk mengukuhkan pandangan dasar kewangan Federal Reserve yang lebih agresif.

Ahli ekonomi menjangkakan harga pengguna teras naik 0.2% pada bulan Disember, lebih tinggi berbanding 0.1% di bulan November. Dalam unjuran tahun ke tahun pula, indeks dilihat kekal dengan peningkatan sekitar 1.7%

Inflasi merupakan salah satu kunci pertimbangan utama Fed dalam menetapkan dasar kewangan seterusnya. Sehingga hari ini, paras inflasi masih kekal di bawah sasaran 2% bank pusat.

Pertumbuhan jualan runcit pula dilihat bergerak lebih perlahan pada bulan Disember, naik 0.4% berbanding 0.8% pada bulan sebelumnya.

Menjelang kedua-dua laporan di atas, Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback susut -0.49% kepada 91.66

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: