Preview News Penting Bagi USD: 12/04/2018

Preview News Penting Bagi USD: 12/04/2018

Isu tekanan geopolitik dijangka terus menjadi perhatian dan tajuk utama pasaran pada hari. Namun data ekonomi AS seperti data perdagangan, tuntutan

Sentimen Risk-off Mendominasi Penutupan Pasaran Minggu Lalu
Dollar Kekal Negatif Sepanjang Minggu Lalu, Gambaran Sebenar Daripada ISM Menghalang Pemulihan Di Saat Akhir

Isu tekanan geopolitik dijangka terus menjadi perhatian dan tajuk utama pasaran pada hari.

Namun data ekonomi AS seperti data perdagangan, tuntutan pengangguran dan ucapan Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari yang akan dikeluarkan pada hari ini mungkin dapat mengalihkan sementara perhatian para pelabur daripada kehangatan isu tersebut.

Jabatan Buruh akan mengeluarkan jumlah individu yang menuntut insurans pengangguran pada minggu lepas. Jumlah tuntutan dijangka menurun kepada 231 ribu selepas merekodkan peningkatan 242 ribu pada minggu sebelumnya.

Dan jumlah tututan yang sedang berjalan sehingga minggu lalu dijangka mencecah 1.848 juta

Ahli ekonomi meramalkan indeks pertumbuhan harga eksport kekal di paras 0.2% pada bulan Mac, manakala harga import pula dilihat menyusut kepada 0.1%

Para pelabur akan meneliti ucapan Presiden Fed Minnaepolis, Neel Kashkari pada jam 5.00 pagi (Jumaat) selepas laporan minit mesyuarat FOMC terkini yang dikeluarkan semalam dilihat lebih ke arah hawkish.

Minit tersebut memperlihatkan keyakinan ahli FOMC terhadap pertumbuhan ekonomi dan lebih optimis bahawa inflasi akan mencapai sasaran 2% bank pusat tidak lama lagi. Hal ini telah meningkatkan lagi jangkaan untuk melihat rate hike pada pertemuan bulan Jun akan datang.

Laporan minit FOMC tersebut berjaya mengurangkan sedikit kerugian dollar berbanding matawang utama yang lain, namun sentimen greenback masih negatif dengan tekanan geopolitik yang semakin meruncing.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: