Preview News Penting Bagi EUR, GBP & USD: 14/12/2017

Preview News Penting Bagi EUR, GBP & USD: 14/12/2017

Hari Penetapan Kadar Bank Pusat England (BOE) Ahli ekonomi menjangkakan pegawai-pegawai BOE yang terlibat dalam pengundian akan membiarkan kadar fa

Preview NFP: ‘Price Action’ Memihak Kepada Data Pekerjaan Yang Kukuh
Indeks USD Pecahkan Halangan Utama 97.00, Buka Peluang Menjual Dollar Di Paras Yang Lebih Tinggi?

Hari Penetapan Kadar Bank Pusat England (BOE)

Ahli ekonomi menjangkakan pegawai-pegawai BOE yang terlibat dalam pengundian akan membiarkan kadar faedah kekal pada bulan ini selepas rate hike untuk pertama kali dalam tempoh 10 tahun telah dilakukan pada bulan November yang lalu.

Menjelang keputusan pada jam 8.00 malam inflasi UK terus bergerak melebihi sasaran 2% bank pusat didorong oleh ketidaktentuan Brexit yang telah menekan ekonomi berikutan pertumbuhan dan pendapatan yang pegun.

GBP/USD naik 0.67% dan kini berada di paras $1.3415

Ucapan Presiden ECB Tumpuan Pasaran Hari Ini

Hari ini bermula jam 8.45 malam, Bank Pusat Eropah (ECB) pula akan mengeluarkan penetapan kadar faedah terakhir untuk tahun 2017 yang mana dijangka akan terus dikekalkan pada paras 0.00%.

Namun traders akan meneliti sebarang maklumat baru dalam update pelan ECB terhadap program pelonggaran kuantitatif (QE) mereka pada tahun 2018.

Sebelum keputusan dibuat, data PMI sektor pembuatan dan perkhidmatan akan dikeluarkan bermula jam 4.00 petang dan dilihat akan mempengaruhi pandangan bank pusat terhadap unjuran dasar kewangan mereka tahun hadapan sekiranya bacaan yang dikeluarkan adalah lebih baik.

EUR/USD kini didagang pada paras $1.1827, naik 0.72% pada sesi yang lalu.

Data Ekonomi Utama AS

Dua laporan penting akan dikeluarkan pada hari ini iaitu tuntuan insurans pengangguran dan juga jualan runcit. Kedua-dua bacaan ini penting bagi menilai keadaan pertumbuhan semasa ekonomi US selepas penetapan kadar faedah yang dilakukan awal pagi tadi.

Jabatan Buruh menjangkakan peningkatan sebanyak 3,000 individu yang memohon insurans pada minggu lepas menjadikan jumlah kepada 239,000.

Manakala pertumbuhan jualan runcit pula dilihat akan meningkat 0.7% pada bulan November, selepas bacaan pada bulan-bulan yang lalu susut mendadak akibat ribut taufan yang perairan dan kawasan industri AS.

Dolar jatuh mendadak berbanding matawang lain awal pagi tadi berikutan keputusan kadar faedah Fed serta peningkatan kajian semula terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi gagal mengukuhkan sentimen.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: