Preview News Penting Bagi CNY, AUD & USD: 12/06/2019

Preview News Penting Bagi CNY, AUD & USD: 12/06/2019

Ditekan oleh isu perdagangan, China telah melonggarkan sekatan dana ke atas projek-projek utama infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan yang perlaha

Preview News Penting Buat AUD, EUR, GBP & CAD: 05/12/2018
Selepas Double Top, EUR/USD Mula Membuat U-Turn?

Ditekan oleh isu perdagangan, China telah melonggarkan sekatan dana ke atas projek-projek utama infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan yang perlahan.

Tambahan pula, PBoC telah menetapkan penanda aras bagi kadar faedah Yuan 0.2% lebih tinggi berbanding yang dijangkakan (6.839 per dollar), menunjukkan komitmen bank pusat untuk memelihara ‘threshold’ psikologi bagi matawang mereka.

Data CPI dan PPI China bagi bulan Mei yang akan diterbitkan pada jam 9.30 pagi hari ini dijangka stabil dengan peningkatan yang sederhana, sekali gus mengukuhkan lagi pendekatan yang dipilih oleh PBoC.

Sokongan daripada data-data China yang lebih baik turut memberikan impak yang positif kepada matawang komoditi yang lain terutamanya AUD.

Di AS, data CPI yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam dijangka akan mengukuhkan lagi pandangan rate cut Fed pada bulan Julai.

Pengerusi Fed Jerome Powell pada pertemuan yang lalu menegaskan bahawa kelemahan pada inflasi adalah bersifat sementara dan peningkatan CPI Teras kepada 2.1% (YoY) pada bulan April lalu membuktinya kenyataan tersebut.

Namun begitu data pada bulan Mei yang akan dikeluarkan pada malam ini mungkin akan memberi cabaran kepada Fed dalam memutuskan outlook kadar faedah mereka menjelang pertemuan penting minggu hadapan.

Bacaan CPI dijangka bergerak lebih perlahan pada bulan Mei daripada 0.3% kepada 0.1% (MoM), manakala CPI Teras yang mengecualikan harga tenaga dan makanan dijangka naik sekitar 0.2% (MoM).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: