Preview Laporan Pekerjaan UK: Apakah ‘Menjual’ GBP/USD Pilihan Terbaik?

Preview Laporan Pekerjaan UK: Apakah ‘Menjual’ GBP/USD Pilihan Terbaik?

Kebimbangan Brexit dan data pertumbuhan ekonomi yang mengecewakan telah menghambat GBP/USD jatuh ke pertengahan 1.2600 semalam dan kini bertahan seki

Preview Ucapan Powell: 3 Perkara Perlu Diteliti Oleh Traders
Preview News Penting Buat AUD, EUR, GBP & CAD: 24/04/2019

Kebimbangan Brexit dan data pertumbuhan ekonomi yang mengecewakan telah menghambat GBP/USD jatuh ke pertengahan 1.2600 semalam dan kini bertahan sekitar 1.2680 menjelang laporan pekerjaan UK pada hari ini.

Boris Johnson yang terkenal sebagai pendukung kuat hard Brexit dilihat sebagai calon utama yang bakal menggantikan May sebagai perdana menteri.

Oleh itu, kelebihan EU bagi membuat keputusan akan merosot jika rundingan yang baru diteruskan bersama Boris, terutamanya selepas beliau menegaskan bahawa UK akan keluar daripada blok dengan atau tanpa perjanjian pada 31 Oktober hadapan.

Di samping itu, data pengeluaran industri dan GDP yang mengecewakan berpotensi memaksa ahli BoE untuk mengubah kembali nada hawkish mereka sekali gus akan terus memicu sell-off ke atas pound jika lebih banyak data mengisyaratkan kelemahan pada ekonomi.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada perkembangan sektor pekerjaan UK bagi bulan April.

Sektor buruh di UK dijangka akan mengekalkan perkembangan yang stabil selepas melaporakan penurunan kadar pengangguran melebihi jangkaan pada bulan Mac lalu ke paras 3.8%.

Sementara itu, kadar pendapatan pula dijangka kekal dengan perkembangan yang sederhana.

Para pelabur pada hari ini juga akan mengemas kini bacaan indeks pengeluar (PPI) AS Teras bagi bulan Mei serta akan terus mengikuti perkembangan perjanjian perdagangan AS-China berikutan kepentingannya dalam membentuk pandangan Fed menjelang mesyuarat dasar minggu hadapan.

Secara teknikal, kegagalan GBP/USD melepasi zon resistance kritikal 1.2700 telah menguatkan tekanan bearish ke atas pasangan matawang ini.

Bagi meneruskan penurunan ke paras 1.2560, GBP/USD akan menguji kembali support terhampir di paras 1.2650.

Manakala, jika harga berjaya menembusi dan kekal di atas garisan 1.2700, GBP/USD berpotensi naik ke paras 1.2765 dan 1.2865.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: