Preview Kadar Faedah BoC: Apakah Hala Tuju USD/CAD?

Preview Kadar Faedah BoC: Apakah Hala Tuju USD/CAD?

Pengumuman dasar kewangan Bank Pusat Kanada (BoC) menjadi tajuk utama yang perlu diperhatikan pada hari ini. BoC dijangka mengekalkan kadar faedah

GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 15/01-19/01/2018
Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/09-08/09/2017

Pengumuman dasar kewangan Bank Pusat Kanada (BoC) menjadi tajuk utama yang perlu diperhatikan pada hari ini.

BoC dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 1.25%, namun pergerakan matawang Kanada (loonie) ketika ini menunjukkan para pelabur meletakkan harapan agar komen yang lebih positif atau hakwish akan dikeluarkan oleh bank pusat.

Pelbagai perubahan dapat dilihat sejak mesyuarat bulan Mac yang lalu. Enam bulan lepas, ahli pembuat dasar BoC mengutarakan kebimbangan mereka berkenaan kadar pendapatan dan hutang isi rumah yang rendah.

Tetapi selepas harga minyak melonjak ke paras tertinggi 3 tahun lalu, hampir kesemua data ekonomi menunjukkan perkembangan yang positif.

Jualan runcit telah meningkat, kadar pengangguran semakin menyusut, pertumbuhan pekerjaan bergerak lebih pantas, sektor perumahan dan pembuatan semakin pulih serta berkembang pada kadar yang baik dan inflasi juga semakin menaik.

Berkenaan rundingan NAFTA pula, Trump dan Perdana Menteri Kanada, Trudeau hampir mencapai kata sepakat dan menurut Menteri Ekonomi Mexico, kumpulan perunding akan bertemu semula pada hari Khamis di Washington bagi membincangkan perlaksanaan terhadap isu yang telah dibangkitkan.

Dengan sentimen keyakinan peniaga yang turut meningkat, Gabenor BoC, Poloz dijangka mengeluarkan kenyataan yang lebih optimis.

Pasaran masih belum meletakkan harapan untuk rate hike pada bulan Julai, namun jika pendirian BoC bertukar kepada lebih agresif dan optimis, USD/CAD mempunyai peluang untuk turun dan tembusi paras 1.2500

Sekiranya bank pusat kekal dengan nada yang berhati-hati dalam keadaan data-data yang positif, hal ini menunjukkan bank pusat tidak mempunyai sebarang pelan untuk menaikkan kadar faedah dan USD/CAD boleh naik ke paras 1.2700

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: