Preview FOMC: Masa Sesuai Untuk Beli USD?

Preview FOMC: Masa Sesuai Untuk Beli USD?

Beberapa ahli ekonomi melihat perubahan pada dot plot kepada empat kali rate hike, namun sejak mesyuarat dasar yang lalu, data-data yang menjadi indik

Jumlah Pelantar Aktif Terus Meningkat Di AS Sekaligus Memberi Sedikit Tekanan Untuk Harga Minyak Mentah Dunia.
Harga Minyak Mentah Melonjak Lagi Pasca Persetujuan NON-OPEC Memotong Pengeluaran

Beberapa ahli ekonomi melihat perubahan pada dot plot kepada empat kali rate hike, namun sejak mesyuarat dasar yang lalu, data-data yang menjadi indikator penting kepada Fed dalam keadaan bercampur-campur.

Pertumbuhan pekerjaaan terus mengukuh dan aktiviti ekonomi juga turut meningkat pada kadar yang lebih cepat. Tetapi kadar pertumbuhan pendapatan dan perbelanjaan kekal perlahan dan lemah.

Apakah terlalu awal untuk meletakkan jangkaan 4 kali rate hike?

Jalan paling selamat adalah melihat terlebih dahulu perkembangan ekonomi dan pasaran selepas 2 kali rate hike dijalankan dan perkara ini juga dapat memberi Fed lebih fleksibiliti dalam membuat keputusan.

Walau bagaimanapun, dot plot mencerminkan pandangan setiap ahli FOMC terhadap dasar dan menerusi laporan sebelum ini kebanyakkan ahli yang dovish mula bertukar arah menyokong rate hike dilakukan.

Perkara ini telah membuatkan dagangan ke atas keputusan FOMC kali ini lebih rumit. Fed tetap dijangka akan menaikkan kadar faedah manakala Pengerusi Fed, Powell pula akan kekal dengan pandangan beliau yang optimis.

Namun begitu, masih belum jelas apakah jangkaan dot plot dan projection ekonomi akan berubah atau sebaliknya.

Kathy Lien, Pengarah Urusan Strategi FX BK Asset Management menyimpulkan dua kemungkinan yang berlaku kepada pertukaran matawang melalui unjuran ekonomi dan dot plot yang akan dikeluarkan:

1) Jika dot plot menunjukkan Fed memilih 4 kali rate hike untuk tahun ini

USD/JPY dijangka naik dan menembusi harga 107, EUR/USD pula akan ke paras 1.22

2) Jika dot plot kekal dengan 3 kali rate hike (2 kali selepas pengumuman dibuat)

Dollar akan jatuh mendadak dan mengalami kerugian terbesar bernading yen dan sterling. USD/JPY berpotensi jatuh ke paras 105.75, manakala GBP/USD pula akan melonjak ke paras $1.41

Menjelang pengumuman keputusan dasar kewangan yang akan dikeluarkan pada jam 2.00 pagi esok, USD masih stabil selepas didagang tinggi pada hari Selasa dengan harapan forward guidance yang lebih hawkish akan dikeluarkan oleh Powell bersama-sama pengumuman tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: