Preview Fed Rate: Kenyataan FOMC Akan Terus Memberi Sokongan Kepada Dollar?

Preview Fed Rate: Kenyataan FOMC Akan Terus Memberi Sokongan Kepada Dollar?

Menjelang keputusan dasar kewangan Federal Reserve seawal jam 3 pagi esok, greenback terus pulih daripada kejatuhan akibat kebimbangan pelabur terhada

Preview News Penting Buat EUR, CAD & USD: 22/06/2018
Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 25/07/2018

Menjelang keputusan dasar kewangan Federal Reserve seawal jam 3 pagi esok, greenback terus pulih daripada kejatuhan akibat kebimbangan pelabur terhadap keputusan ‘midterm election’ semalam.

Fed dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 2.25 peratus dan mengulangi pelan rate hike pada bulan Disember hadapan.

Kenyataan FOMC kali ini dijangka kekal dengan nada yang sama atau bank pusat akan mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati.

Menerusi Beige Book yang dikeluarkan sejak mesyuarat dasar bulan September yang lalu, lebih banyak kemunduran dilihat berlaku kepada ekonomi AS berbanding kemajuan.

Selepas sebulan kadar faedah dinaikkan, data-data ekonomi AS secara keseluruhannya berada di tahap yang kurang memberansangkan.

Perbelanjaan pengguna menerusi data jualan runcit merosot, inflasi pasaran perumahan dan aktiviti pembuatan juga bergerak semakin perlahan.

Walaupun sektor pekerjaan kekal mengukuh, namun masih banyak kawasan yang menunjukkan kekurangan pekerja.

Syarikat-syarikat juga dilihat mengambil langkah lebih berjaga-jaga menghadapi suku tahun terakhir 2018, menyebabkan pengambilan pekerjaan dijangka melemah.

Oleh itu, reaksi dollar pada mesyuarat FOMC bulan ini dijangka terhad, ditambah pula tanpa sidang media dan keputusan diumumkan sehari selepas tamatnya pilihan raya pertengahan penggal di AS.

Namun begitu, jika Fed kekal dengan pendirian mereka, tindakan ini akan terus memberi sokongan berterusan kepada greenback sehingga mesyuarat dasar terakhir pada bulan Disember hadapan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain naik 0.16% ke paras 96.16 setakat jam 2.45 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: