Preview Data Jualan Runcit AS & Impaknya Kepada USD

Preview Data Jualan Runcit AS & Impaknya Kepada USD

Saham Ekuiti AS pulih dan melonjak pada hari Selasa, namun pergerakan yang sama tidak berlaku kepada pasaran pertukaran matawang, mengisyaratkan baha

Bimbang Dengan Masa Depan Kerajaan UK, Pound (GBP) Jatuh Pada Hari Isnin
Preview News Penting, AUD & CAD Jadi Tumpuan: 06/03/2018

Saham Ekuiti AS pulih dan melonjak pada hari Selasa, namun pergerakan yang sama tidak berlaku kepada pasaran pertukaran matawang, mengisyaratkan bahawa para pelabur forex tidak berkongsi pandangan yang sama.

Greenback (USD) didagang tinggi dengan harapan konflik perdagangan akan menekan negara-negara diluar AS, namun ianya satu kesilapan jika menganggap pengguna dan para peniaga domestik akan terlepas daripada kesan tersebut.

Data jualan runcit AS yang akan dikeluarkan pada hari Rabu merupakan satu-satunya data terpenting bagi Amerika Syarikat yang dijadualkan pada minggu ini.

Namun begitu, laporan pada hari ini mungkin tidak dapat merungkai persoalan penting yang menjadi kembimbangan kepada ekonomi berikutan angka bulan April tidak mencerminkan kadar permintaan bagi beberapa bulan kehadapan.

Antara kejatuhan lebih 1,000 mata daripada pasaran saham bulan ini serta konflik perdagangan AS-China yang meruncing, keinginan para pengguna untuk berbelanja pada bulan-bulan hadapan dijangka semakin merosot.

Oleh itu, pertumbuhan pekerjaan yang stabil, gaji yang meningkat, harga tenaga yang tinggi mungkin akan menjadi faktor yang dirujuk bagi menilai peningkatan jualan pada bulan April yang lalu.

Dengan jangkaan peningkatan yang rendah sekitar 0.2% pada jualan runcit, data masih mempunyai ruang untuk mengejutkan pasaran.

Jika angka jualan meningkat 0.5% atau lebih, USD/JPY berpeluang untuk naik menguji paras 110.

Pergerakan bullish pada USD/JPY dijangka bersifat sementara kerana ketidaktentuan perdagangan berpotensi menekan optimis Fed sehingga memaksa mereka menyuarakan kebimbangan terhadap isu kelembapan aktiviti ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: