Preview Data CPI AS: Masa Terbaik Untuk ‘Sell’ USD/JPY?

Preview Data CPI AS: Masa Terbaik Untuk ‘Sell’ USD/JPY?

Dollar AS didagang tinggi berbanding matawang utama dunia yang lain dengan bacaan indeks naik 0.60% pada hari Khamis walaupun data inflasi pengeluar (

Pasaran Pada Minggu Ini Dibuka Dengan Mood “Risk Off”
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Dollar AS didagang tinggi berbanding matawang utama dunia yang lain dengan bacaan indeks naik 0.60% pada hari Khamis walaupun data inflasi pengeluar (PPI) pada bulan Julai kekal pada kadar 0.0%.

Ahli ekonomi menjangkakan inflasi akan bergerak lebih perlahan, namun kos tenaga dan makanan yang rendah telah menyebabkan bacaan indeks PPI kekal tanpa sebarang perubahan.

PPI Teras yang mengecualikan dua bahan di atas juga memaparkan peningkatan yang kecil, hanya naik 0.1%, lebih rendah berbanding ramalan 0.2%.

Angka yang lemah ini walau bagaimanapun tidak mengejutkan pasaran kerana USD yang telah mencecah paras tertinggi menjadi faktor penurunan inflasi.

Tambahan pula, harga minyak yang susut pada bulan Julai juga mendorong penurunan harga tenaga.

Data tuntutan insurans pengangguran AS yang lebih baik juga berjaya membantu menutupi kelemahan kedua-dua laporan di atas, sekali gus mengekalkan pengukuhan USD sepanjang sesi pasaran yang lalu.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini stabil di paras 95.40, susut 0.06% setakat jam 11.45 pagi.

Fokus pelabur beralih kepada laporan harga pengguna (CPI) yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam.

CPI dijangkan naik 0.2% manakala CPI Teras kekal di paras 0.2%. Namun begitu, angka PPI yang lemah serta harga gas yang menyusut pada bulan Julai dilihat berpotensi mengubah jangkaan tersebut.

Jika kadar inflasi pengguna meleset, USD/JPY mampu tembusi harga 110.70 dan dijangka terus bergerak melebihi harga 110.55 ke paras terendah bulanan yang baru.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: