Preview 3 News Penting Buat EUR, GBP & USD: 25/05/2018

Preview 3 News Penting Buat EUR, GBP & USD: 25/05/2018

Bacaan indeks Iklim Perniagaan Ifo Jerman bagi bulan April yang menjadi indikator penting dalam mengukur keyakinan pengguna untuk enam bulan hadapan d

Pound Menyusut Dengan Halangan Baru Rundingan Fasa Kedua Brexit
Minyak Mentah Meningkat Diatas Kelemahan Saham Minyak Amerika

Bacaan indeks Iklim Perniagaan Ifo Jerman bagi bulan April yang menjadi indikator penting dalam mengukur keyakinan pengguna untuk enam bulan hadapan dijangka jatuh daripada 102.1 kepada 102 mata.

Kemudian, pada jam 4.30 petang, para pelabur akan mengemas kini bacaan kedua KDNK UK bagi suku tahun pertama (Q1) yang dijangka selari dengan bacaan pertama.

Menerusi bacaan awal yang dikeluarkan pada 24 April lalu, pertumbuhan ekonomi Q1 UK telah menyusut ke paras 1.2% kesan daripada cuaca yang buruk.

Pasaran walau bagaimanapun menjangkakan kadar pertumbuhan akan kembali pulih pada suku tahun yang kedua.

Di Amerika Syarikat, laporan tempahan barangan tahan lama yang menjadi penyumbang kepada pelaburan dan KDNK negara dilihat melonjak 0.5% pada bulan April, selepas merekodkan penyusutan -0.1% pada bulan sebelumnya.

Pada jam 9.20 malam, Pengerusi Fed (Jerome Powell) dan Gabenor BoE (Mark Carney) dipanggil untuk menjadi ahli panel di dalam diskusi bertajuk “Masa Hadapan Bank Pusat?” di Stockholm Sweden.

Powell dan Carney dijangka akan mengulas lebih lanjut mengenai ekonomi dan hal ehwal semasa. Sebarang kenyataan yang memberi petunjuk terhadap keputusan dasar yang bakal diumumkan bulan Jun hadapan menjadi fokus utama.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: