Preveiw News Penting Buat EUR, USD & CAD: 16/11/2018

Preveiw News Penting Buat EUR, USD & CAD: 16/11/2018

Bermula jam 4.30 petang, para pelabur akan mengikuti ucaptama Presiden ECB Mario Draghi di Persidangan Bank Eropah di Frankurt Jerman. Draghi sebel

Preview News Penting Buat EUR & GBP: 11/04/2018
Laporan Positif Tentang Brexit, GBP/USD Naik Lebih 100 Pips

Bermula jam 4.30 petang, para pelabur akan mengikuti ucaptama Presiden ECB Mario Draghi di Persidangan Bank Eropah di Frankurt Jerman.

Draghi sebelum ini pernah memberi isyarat berkenaan pelan dasar kewangan masa hadapan menerusi acara yang sama

Dengan berbaki 4 minggu sebelum nasib program pembelian bon ECB diputuskan, para pelabur akan mencari maklumat dan isyarat awal daripada kenyataan Draghi pada hari ini.

Kemudian pada jam 6 petang, fokus beralih kepada pertumbuhan harga pengguna bagi Zon Eropah di bulan Oktober.

Bacaan akhir CPI bagi bulan Oktober dijangka menunjukkan penyusutan daripada 0.5% kepada 0.2% dalam unjuran bulan ke bulan (MoM.

Sementara itu, bacaan CPI di dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) pula dijangka kekal pada paras 2.2%, manakala CPI Teras pula di paras 1.1%.

Di sesi dagangan Amerika, bermula jam 9.30 malam, para pelabur akan mendapatkan jumlah pembelian sekuriti asing daripada Kanada bagi bulan September.

Angka ini memberi maklumat kepada pelabur tentang aliran keluar masuk tunai di dalam negara dan pada bulan September, pembelian aset asing oleh Kanada di jangka berada sekitar $0.30 billion CAD.

Pada masa yang sama, data jualan di peringkat pembuatan Kanada dijangka menunjukkan peningkatan 0.1% pada bulan September.

Kemudian, pada jam 10.15 malam, pasaran akan mengemas kini data pengeluran industri AS bagi bulan Oktober.

Dalam unjuran bulan ke bulan (MoM), kadar pengeluaran dijangka menurun daripada 0.3% kepada 0.2%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: