Prestasi Dagangan China Menjangkau Ramalan, Menyokong Pengukuhan AUD

Prestasi Dagangan China Menjangkau Ramalan, Menyokong Pengukuhan AUD

China melaporkan hasil eksport yang lebih tinggi pada bulan Oktober, didorong oleh penghantaran ke Amerika Syarikat yang semakin rancak bagi mengelak

Perkembangan Terkini USD/CAD: 26/12/2017
BNM: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sehingga 4.8%

China melaporkan hasil eksport yang lebih tinggi pada bulan Oktober, didorong oleh penghantaran ke Amerika Syarikat yang semakin rancak bagi mengelak daripada tarif baru yang dijangka akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan.

Dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) sehingga Oktober, eksport China melonjak 15.6%, melebihi kadar eksport 14.5% pada bulan September dan menjangkau ramalan ahli ekonomi yang melihat penurunan eksport pada bulan Oktober ke paras 11%.

Pertumbuhan import juga menyanggahi jangkaan yang melihat penurunan, menunjukkan tindakan Beijing untuk memberi ransangan pertumbuhan ekonomi yang semakin merosot mula menunjukkan hasilnya.

Import pada bulan Oktober meningkat ke paras 21.4% pada bulan Oktober, melepasi jangkaan pasaran yang melihat penyusutan daripada 14.3% kepada 14%.

Kekuatan ekonomi yang dipaparkan oleh China turut menyokong rakan dagangan utama mereka, Australia.

Matawang Aussie mencatat prestasi terbaik pada hari ini dan kini sedang menguji halangan penting pada harga 0.7300 berbanding dollar.

Secara teknikal, jika harga 0.7300 (R1) berjaya ditembusi, AUD/USD berpotensi naik ke paras 0.7315 (R2) dan 0.7350 (R3)

Menjelang keputusan dasar kewangan Fed, 0.7265 (S1) menjadi support terhampir kepada pasangan matawang ini. Kemudian di paras 0.7245 (S2) dan 0.7200 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: