Presiden Fed Bullard: Isyarat Pasaran Terhadap Outlook, Bank Pusat Perlu Lebih Teliti

Presiden Fed Bullard: Isyarat Pasaran Terhadap Outlook, Bank Pusat Perlu Lebih Teliti

Presiden Fed St. Louis James Bullard berkata bahawa pasaran kewangan sedang memberi isyarat yang membimbangkan terhadap outlook ekonomi AS dan Fed pe

Trump: China bukan memanipulasi mata wang, cuma Dolar terlalu kuat.
Perdana Menteri Jepun Berharap Trump Memahami Nilai TPP

Presiden Fed St. Louis James Bullard berkata bahawa pasaran kewangan sedang memberi isyarat yang membimbangkan terhadap outlook ekonomi AS dan Fed perlu melangkah dengan lebih berhati-hatidan lebih teliti untuk memastikan ekonomi terus berkembang.

Beliau menegaskan dua isyarat penting yang dapat diperhatikan adalah muncul daripada perbezaan hasil sekuriti hutang persekutuan dengan jangkaan pelabur terhadap oultook inflasi.

Bullard yang merupakan salah seorang pengudi bagi penggubalan dasar FOMC membentangkan kajian tersebut di dalam acara pembangunan komuniti di Tupelo, Mississippi.

Berdasarkan salah satu kajian yang dibentangkan, isyarat berasaskan pasaran ini menunjukkan pembuat dasar perlu mengambil serius tentang kemungkinan pemanjangan tempoh yang mana kadar faedah lebih rendah untuk hutang kerajaan bagi jangka masa pendek berbanding jangka masa panjang akan mengakibatkan kemelesetan”.

Selain itu, lengkungan hasil bon juga telah terbalik dan kini hasil bon 3-tahun dan 5 tahun AS lebih rendah berbanding bon yang mempunyai tempoh matang 2-tahun.

Bullard juga menegaskan bahawa para pelabur kini lebih cenderung meletakkan jangkaan mereka bahawa inflasi akan jatuh di bawah sasaran 2% bank pusat pada tahun ini dan juga dalam tempoh lima tahun akan datang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: