Pra RBA Esok, AUD Mulakan Bulan Baru Dengan Kaki Kiri

Pra RBA Esok, AUD Mulakan Bulan Baru Dengan Kaki Kiri

Jualan Runcit Australia diterbitkan dibawah jangkaan 0.3% untuk berada pada paras sifar bagi data pada bulan Julai 2018. Ia adalah merupakan bacaan pe

RBA Kekalkan Kadar Faedah, ‘Dovisher’ “Terkejut”!
AUD Melonjak Pasca Terbitan Minit Mesyuarat RBA

Jualan Runcit Australia diterbitkan dibawah jangkaan 0.3% untuk berada pada paras sifar bagi data pada bulan Julai 2018. Ia adalah merupakan bacaan pertama jualan runcit selepas cukai lanjutan GST terhadap barangan import bernilai rendah diperkenalkan. Namun masih terlalu awal untuk menilai kesannya terhadap inflasi harga dan jumlah jualan, sehingga sukuan ke-3 berakhir.

AUD jatuh seawal pembukaan pasaran Asia pagi tadi namun kembali mengukuh untuk berada pada paras 0.71930 ketika aritkel ini ditulis. RBA bakal mengumumkan kadar faedah mereka pada esok hari, dengan rata-rata penganalisa menjangkakan kadar faedah akan terus kekal pada paras 1.5%.

Pasangan AUDUSD telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh 19 bulan, penyata RBA esok harus tampil lebih meyakinkan untuk menyelamatkan AUD daripada terus ditekan lebih rendah. RBA mungkin sudah boleh membuang rujukan “AUD terlalu kuat” di dalam penyata mereka kerana kali pertama ianya disebut, AUDUSD berada pada paras sekitar 0.8000!

Penganalisa pasaran pasti turut akan memerhatikan pendekatan atau respon RBA terhadap “Trade War” di dalam usaha mereka bagi memastikan kestabilan ekonomi Australia tetap terjaga disaat negara rakan niaga terbesar mereka China turut bergelut berhadapan dengan satu demi satu polisi tarif barangan oleh pentadbiran Trump.

Laporan KDNK yang akan diterbitkan pada Rabu dan Imbangan Dagangan pada Khamis bakal menterjemahkan lebih lanjut kesan “Trade War” ini terhadap¬†Australia. Kedua-dua data ini secara amnya akan menunjukkan di mana kedudukan kestabilan perdagangan Australia pada ketika ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: