Pra Non Farm Payroll (NFP) – Hari Penting Bagi USD

Pra Non Farm Payroll (NFP) – Hari Penting Bagi USD

Hari NFP tiba lagi! Dan seperti biasa, semua pasti akan terarah kepada menanti keputusan data ekonomi yang paling berimpak tinggi ini. Data NFP akan d

RBA Potong Kadar Faedah, Aussie Menjunam
Preview News Penting NFP & GBP: 8/12/2017

Hari NFP tiba lagi! Dan seperti biasa, semua pasti akan terarah kepada menanti keputusan data ekonomi yang paling berimpak tinggi ini. Data NFP akan diterbitkan pada jam 8.30 malam bersama-sama dengan dua lagi data iaitu kadar pengangguran dan kadar pendapatan.

Jika dilihat dari terbitan data ekonomi AS secara kolektif, ianya kelihatan tidak begitu baik untuk NFP dan USD pada malam ini. Ditambah pula dengan keputusan data ADP yang sedikit mengecewakan kelmarin (baca perincian data di bawah), ia seolah-olah memberi isyarat awal NFP akan berada di bawah jangkaan. Namun ianya tidak seharusnya selalu begitu!

Lupakan data NFP sementara, dan berikan tumpuan pada kadar pengangguran dan terutamanya kadar kenaikan pendapatan. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menjurus kepada ‘PAYROLLS’ yang lebih kuat :

Payrolls yang lebih kuat

  1. Purata Tuntutan Pengangguran selama 4 minggu jatuh ke 240K daripada 244K
  2. ISM price paid melonjak daripada 55 kepada 62
  3. Indeks harga perbelanjaan meningkat kepada 1.4% berbanding 1.3%
  4. Data ADP 178k di bawah jangkaan 185k, meningkat berbanding bulan lalu 158k (setelah disemak semula)

Senario ‘what if’

  1. NFP+, Penggajian+, Kadar Pengangguran+ = USD bullish
  2. NFP-, Penggajian+, Kadar Pengangguran+ = USD bullish dengan syarat NFP 160-180k

Selain daripada dua keadaan di atas, pasaran akan lebih cenderung untuk menjual USD. Jom kita lihat ramalan data NFP pada malam ini oleh beberapa bank dan institusi kewangan utama dunia :

Konsensus menjangkakan sebanyak 183k pekerjaan ditambah ke dalam pasaran untuk bulan Julai. Secara peribadi saya berpandangan NFP pada malam ini mungkin akan berada di paras antara 190k sehingga 210k. Ianya agak sukar untuk berlaku bias terhadap dollar pada ketika ini, namun inilah satu-satunya peluang untuk USD kembali pulih dan saya memilih untuk long Dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: