Pra BOC : USD/CAD Berada Dalam Keadaan Untuk Terus Jatuh

Pra BOC : USD/CAD Berada Dalam Keadaan Untuk Terus Jatuh

Terbitan data minggu lepas menunjukkan ekonomi Kanada memperlihatkan pertumbuhan tahunan bagi sukuan kedua sebanyak 4.5% mengatasi jangkaan 3.3%. Ekor

ANALISA TEKNIKAL CADJPY H1
Giliran BOC dan ECB Beraksi

Terbitan data minggu lepas menunjukkan ekonomi Kanada memperlihatkan pertumbuhan tahunan bagi sukuan kedua sebanyak 4.5% mengatasi jangkaan 3.3%. Ekoran itu, pasangan matawang USD/CAD terus ditekan untuk berada di paras terendah bagi tempoh 16 bulan.

Hari ini, kalendar ekonomi Kanada akan sekali lagi menjadi tumpuan apabila kadar faedah dan penyata BOC dijadualkan pada pukul 10 malam. Tiada perubahan pada kadar faedah dijangkakan pada malam nanti.

Kali terakhir BOC menaikkan kadar faedah pada bulan Julai yang lalu, ianya agak terlalu awal untuk kenaikan sekali lagi pada bulan ini. BOC pastinya menanti tindakan Fed dan ECB terlebih dahulu sebelum melihat Oktober adalah masa yang lebih sesuai untuk kenaikan kadar faedah sekali lagi bagi tahun ini.

Penyata BOC dijangka hawkish pada malam ini dan jika itu berlaku, USD/CAD bakal meneruskan kejatuhan sehingga ke paras harga support di 1.21780.

Bagi USD pula, hanya ada satu berita berimpak tinggi dijadualkan pada malam ini iaitu imbangan perdagangan pada jam 8.30 malam. Defisit imbangan perdagangan AS dijangkakan terus bertambah dan jika ini berlaku, pasangan dollar-loonie ini mungkin berupaya untuk membuat jatuhan awal sebelum terbitan data daripada BOC.

Ketidakstabilan politik pentadbiran Trump di dalam dan luar negara, beberapa siri kenyataan pegawai fed yang dovish dan laporan pekerjaan AS yang lemah antara faktor mengapa dollar masih sukar untuk bangkit. Ini sekaligus menimbulkan lebih tanda tanya mungkinkah akan adanya kenaikan kadar faedah sekali lagi pada tahun ini?

Bias masih terus menyebelahi jualan bagi pasangan matawang ini. Harga semasa berada di bawah zon ‘strong support’, 1.23900, dan ‘previous support’ terletak di harga 1.24300. Jualan boleh dilakukan di antara dua harga ini.’invalidation bias’ berlaku sekiranya harga 1.26600 berjaya ditembusi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: