Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Pound sangat cemerlang minggu lepas di tengah-tengah kekalutan dan kebimbangan Brexit. Pound kukuh berbanding Dolar AS dengan CSP W1 terbentuk Bullish

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017
Yen VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/11 hingga 02/12

Pound sangat cemerlang minggu lepas di tengah-tengah kekalutan dan kebimbangan Brexit. Pound kukuh berbanding Dolar AS dengan CSP W1 terbentuk Bullish Engulfing dengan OHLC W1 dicatat 1.21669, 1.24040, 1.21083, 1.23919. GBPUSD telah menokok lebih 230pips sepanjang minggu lepas.

 

Pengukuhan Pound di awal minggu disebabkan penantian keputusan kenaikan kadar faedah daripada FOMC dan ini telah diulas oleh Saudara Firdaus Ali di http://www.ctc.fm/pound-berundur-menanti-super-thursday-bank-england/. Selepas Fed Chair Yellen berucap pasca kenaikan kadar faedah daripada FOMC, Pound terus dibeli hinggalah minit-minit terakhir pasaran Amerika Utara hari Jumaat lepas. Salah satu faktor pengukuhan Pound selepas BOE membuat keputusan mengekalkan kadar faedahnya yang terkini adalah kerana terdapat seorang ahli MPC BOE yang membuat undian bagi menaikkan kadar faedah. Ini membawa maksud terdapat kebimbangan kadar inflasi yang naik terlalu cepat sehingga menjejaskan sasaran pertumbuhan ekonomi oleh BOE.

 

Minggu hadapan dari aspek makroekonomi daripada London, tidak dapat banyak yang boleh diulas kerana sentimen kebimbangan Brexit masih kuat. PM UK, Theresa May telah mendapat lampu hijau awal daripada Parlimen UK bagi memulakan pengaktifan Artikel 50 Perjanjian Lisbon bagi proses rasmi Brexit http://www.ctc.fm/theresa-may-mendapat-lesen-besar-daripada-parlimen-uk-untuk-memulakan-brexit/. Namun begitu jika angka CPI y/y dan Retail Sales m/m yang diterbitkan masing-masing pada hari Selasa dan Khamis depan amat baik datanya, Pound akan terus dibeli dengan berhati-hati.

 

Daripada AS, cuma terdapat 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS iaitu Unemployment Claims dan Core Durable Goods Orders m/m. Selain Fed Chair Yellen yang akan berucap Khamis jam 8.30 malam waktu Malaysia minggu hadapan, 5 orang ahli FOMC juga akan berucap pada hari Selasa dan Jumaat. Yellen akan membuat ucapan aluan pembukaan Persidangan Federal Reserve System Cummunity Development Research di Washington. Juga tidak dilupakan Presiden AS, Donald Trump dijadualkan berucap hari Selasa malam di Luisville. Ucapan Trump sering kali memberikan impak kepada pasaran kerana personaliti Trump yang sukar diduga. Jika sentimen jualan Dolar AS diteruskan minggu hadapan, GBPUSD berpeluang terus naik dan meneruskan momentum beliannya daripada minggu lepas.

 

Daripada aspek teknikal, dengan pembetukan CSP Bearish Engulfing di W1. Besar kemungkinan GBPUSD akan melakukan pembetulan pasaran ke bawah terlebih dahulu sebelum menguji paras Resistant di 1.24435, 1.24940, 1.25310, dan 1.25690. Ini disokong dengan indikator Stochastic (5,3,5) yang menunjukkan GBPUSD telah berada dalam Overbuy di D1 dan H4. Pembetulan pasaran ke bawah oleh GBPUSD cenderung akan singgah di 1.23745, 1.23325, 1.22720, dan 1.22200. GBPUSD juga telah membuat Breakout pada satu Trendline pada 15/03/2017 seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

 

“Usah ditanya di mana rakan sewaktu ditimpa musibah, tanyalah di mana kita sewaktu rakan ditimpa musibah”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: