Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 19-23 Disember 2016

1.25734, 1.27271, 1.23750, 1.23842 merupakan data OHLC bagi Pound Sterling berbanding Dolar Amerika minggu lalu. Secara umum Pound ditutup lebih lemah

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 30 Januari – 03 Febuari 2017
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 05/06-09/06/2017

1.25734, 1.27271, 1.23750, 1.23842 merupakan data OHLC bagi Pound Sterling berbanding Dolar Amerika minggu lalu. Secara umum Pound ditutup lebih lemah berbanding Greenback. Mula diniagakan hari Isnin dengan baik dan mencatat harga tertinggi mingguan pada hari Selasa. Menyusut pada hari Rabu dan Khamis dek kerana kenaikan kadar faedah daripada Amerika. Manakala GBPUSD melakukan pembetulan pasaran pada hari Jumaat.

 

Minggu lalau, jika melihat kepada data-data berkala makroekonomi daripada UK boleh dikatakan agak baik. Namun kekuatan Greenback sejak Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika telah menekan GBPUSD untuk menyusut. Tambahan pula Federal Reserve Open Committee FOMC telah menaikkan kadar faedah kepada 0.75% sambil membawa nada Hawkish. Pada hari Khamis apabila Bank of England BOE mengumumkan tiada perubahan dalam polisi kewangannya, GBPUSD telah terus menyusut.

 

Dengan pasaran sudah semakin menghampiri sukuan seterusnya yang dijangkakan proses Brexit mengikut cadangan awal PM UK Theresa May akan bermula. Risiko GBPUSD akan terus menyusut semakin bertambah. Namun, tumpuan minggu hadapan dari aspek data fundamental berimpak tinggi daripada UK hanyalah maklumat Current Account pada hari Khamis. Daripada US, Khamis jam 9.30 malam waktu Malaysia, data Core Durable Goods Orders m/m, Final GBP q/q, dan Unemployment Claims akan dikeluarkan. Dengan FOMC membawa nada Hawkish sebarang data yang positif daripada US dijangkakan akan terus menekan penurunan GBPUSD

 

Dua faktor ini secara amnya dapat mengekang GBPUSD terus merudum. Pertama, secara perundangan, proses Brexit yang menemui banyak halangan sebelum Artikel 50 Perjanjian Lisbon dapat diaktifkan. Kedua, data demi data berkala makroekonomi berimpak tinggi yang sejak bulan Oktober nampak lebih bagus daripada jangkaan.

 

Secara teknikal, harga penutupan minggu lalu sudah menguji paras 38.2 dan melepasi paras 23.6 Fibonachi Retracement bagi kejatuhan dari puncak tertinggi minggu lalu. Harga Resistant signifikan berada di 1.25565, 1.26730 dan 1.27740. Manakala harga Support terhampir berada di paras 1.24435, 1.23440, dan 1.22710. GBPUSD masih lagi bergerak dalam kawasan Sideway di TF D1 sejak 6 minggu lalu dengan jarak besar 450 pips. Seperti minggu lalu, mengikut teknikal Ichimoku Kinko Hyo di D1, harga masih bergerak di dalam awan.

 

Dengan kadar kecairan dalam pasaran pada bulan Disember yang kurang berbanding lain-lain bulan, adalah dinasihatkan para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kebiasaannya pada bulan Disember seperi tahun-tahun sudah, pergerakan pips semua mata wang boleh melangkaui purata kebiasaan pergerakan dalam sehari berbanding bulan-bulan biasa.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: