Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Ulasan Minggu Lalu Kukuh! Perkataan paling tepat dapat digambarkan tentang Pound berbanding Dolar AS minggu lepas. GBPUSD mengukuh melebihi 250pips

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 10/04-14/04/2017
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 19-23 Disember 2016

Ulasan Minggu Lalu

Kukuh! Perkataan paling tepat dapat digambarkan tentang Pound berbanding Dolar AS minggu lepas. GBPUSD mengukuh melebihi 250pips minggu lepas. Pengukuhan ini dilihat agak mengejutkan kerana perbincangan memuktamadkan Brexit masih lagi tergantung, namun kukuhnya Pound ini lebih disokong kepada jualan Dolar dan terbitan data berkala berimpak tinggi daripada London amat baik secara keseluruhannya minggu lepas. Bermula lemah pada hari Isnin tetapi Pound tidak menoleh ke belakang lagi bermula hari Selasa hinggalah beberapa jam pasaran Amerika utara ditutup. 1 Mother Candle CS telah terbentuk di W1 dengan OHLC 1.29537, 1.32244, 1.29084, 1.31946.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 11/09-15/09/2017

Meriah dengan data berkala makroekonomi daripada London minggu depan akan diterbitkan bermula Isnin hingga Khamis. Antara data berimpak tinggi yang akan menjadi perhatian pelabur adalah CPI y/y yang akan terbit hari Selasa jam 4.30petang waktu Malaysia. Ini merupakan data inflasi yang menjadi sukatan kuasa beli rakyat UK. Tumpuan sebenar bagi pelabur Pound adalah Super Thursday dengan penetapan kadar faedah bagi BOE bersama-sama Penyata Polisi Kewangan BOE dan keputusan undian Ahli MPC berkenaan kadar faedah BOE. Pasaran tidak menjangkakan ada perubahan kadar faedah kini pada kadar terendah 0.25%, namun keputusan undian Ahli MPC itu adalah kritikal kerana walau 1 perubahan undian ke arah kenaikan kadar faedah akan menyebabkan Pound meroket tinggi.

 

Daripada AS pula, banyak data yang melambangkan perkembangan inflasi semasa AS akan diterbitkan minggu depan. Jika data-data inflasi ini berjaya membawa sentimen positif, sentimen jualan Dolar AS semasa dapat diredakan sedikit dan GBPUSD berpeluang melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah. Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS yang akan diterbitkan adalah PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Unemployment Claims, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Hampir keseluruhan data berkala berimpak tinggi berkisar tentang inflasi secara amnya bagi minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Selagi rundingan memuktamadkan Brexit masih belum selesai, selagi itulah kenaikan Pound mungkin agak terhad walaupun data-demi data berkala menunjukkan angka yang kukuh

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 11/09-15/09/2017

Harga penutupan pasaran minggu lalu GBPUSD berada terlalu hampir dengan paras harga psikologi bagi trend jangka masa sederhana panjang iaitu 1.3200. Jika harga terus bermain-main di bawah 1.3200 ini, ada kemungkinan penurunan adalah pilihan utama. RBS terhampir adalah BRN 1.3150, 1.3100, dan 1.30500. Sekiranya harga terus ditutup di atas 1.3200 pada TF D1, pilihan harga lebih tinggi seterusnya adalah 1.32500, 1.3300, dan 1.3350. Setakat harga penutupan pasaran Jumaat lepas, GBPUSD masih berada di atas MA8 dan MA21 di TF D1 yang menunjukkan belian dalam dagangan sangat dominan ketika ini. Selagi harga bermain di atas dua MA ini, belian dalam dagangan bagi Intraday adalah dicadangkan berbanding sesi jualan.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: