Pound Sterling (GBP) Meroket, Ini Sebabnya!

Pound Sterling (GBP) Meroket, Ini Sebabnya!

Menurut laporan tergempar yang dikeluarkan oleh Bloomberg, UK dan EU dikhabarkan bersedia untuk membina satu "wilayah kastam tunggal". Draft perjan

Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016
Emas Terus Meningkat Disokong Oleh Dolar Amerika Syarikat Yang Tertekan.

Menurut laporan tergempar yang dikeluarkan oleh Bloomberg, UK dan EU dikhabarkan bersedia untuk membina satu “wilayah kastam tunggal”.

Draft perjanjian yang membentuk hubungan kedua-dua buah negara di masa hadapan bergantung kepada zon dagangan bebas dan digabung dengan kerjasama kastam dan kawal selia yang ketat, disokong oleh peruntukan yang memastikan tahap persaingan adalah terbuka dan adil”.

Kenyataan yang lebih jelas ini turut dilihat bertujuan mendapatkan sokongan daripada para pengkritik May di UK.

Dasar membuka sempadan Irish yang turut dikenali sebagai ‘backstop deal’ telah menjadi halangan terbesar kepada May untuk mendapatkan sokongan daripada semua arah terutamanya apabila syarat ini dilihat akan memerangkap UK di dalam orbit EU.

Berdasarkan draf yang dilaporkan oleh Bloomberg, parti-parti di UK menunjukkan kesungguhan mereka untuk menggantikan penyelesaian ‘backstop’ yang melibatkan persempadanan Ireland Utara.

Selain itu, EU juga dilihat akan mengiktiraf kebebasa dasar perdagangan UK dan hubungan antara UK dan EU selepas tempoh peralihan Brexit akan dilanjutkan sehingga satu atau dua tahun.

Jika peralihan post Brexit dilanjutkan, UK dikehendaki meneruskan pembayaran di dalam belanjawan Kesatuan Eropah.

Kedua-dua buah negara dijangka menyimpulkan perjanjian berkenaan perairan dan perikanan pada Julai 2020 dan akan menilai semula kesetaraan undang-undang perkhidmatan kewangan pada waktu yang sama.

Perkembangan positif ini sekali lagi memberi nafas baru kepada pound pada hari Khamis, melonjak naik lebih 120 pips berbanding dollar.

GBP/USD kini bakal menguji semula harga 1.2900 dan berikut adalah perubahan pound berbanding matawang lain setakat jam 7 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: