Pound Jatuh Mendadak, Isu Sempadan Irish Menjadikan Rundingan Brexit Semakin Sukar

Pound Jatuh Mendadak, Isu Sempadan Irish Menjadikan Rundingan Brexit Semakin Sukar

Pound jatuh lebih 0.5% berbanding dollar dan euro pada hari Selasa, bergerak menuju paras terendah bagi bulan Oktober. Tekanan bearsih ke atas GBP

AUD/USD ‘U-Turn’ Lebih 100 Pips Daripada Paras Tertinggi, Apa Sebabnya?
USD Indeks: Pandangan Minggu Hadapan 27/02-03/02/2017

Pound jatuh lebih 0.5% berbanding dollar dan euro pada hari Selasa, bergerak menuju paras terendah bagi bulan Oktober.

Tekanan bearsih ke atas GBP terbentuk selepas Canselor Jerman Angela Merkel mengatakan bahawa rancangan PM UK Boris Johnson untuk mengelak daripada berlakunya pemeriksaan kastam disempadan Irish-UK adalah sesuatu yang tidak akan dapat dilakukan.

Pihak pentadbiran UK menyelar kenyataan Merkel kerana telah menyebabkan apa sahaja bentuk syarat perjanjian Brexit mustahil untuk dilaksanakan.

Sehingga jam 11.30 malam, GBP/USD merosot 85 pips dan didagang sekitar 1.2205, sementera EUR/GBP naik 50 pips ke paras 0.8972

Komen Merkel di atas telah meningkatkan ketegangan hubungan antara kedua buah negera menjelang persidangan minggu hadapan, disamping menurunkan potensi berlakunya perjanjian sebelum 31 Oktober.

Kesatuan Eropah menegaskan bahawa masih terdapat cara yang lain untuk mengawal aliran keluar dan masuk disempadan Irish tanpa memerlukan pemeriksaan tambahan.

Selain itu, mereka juga menjelaskan bahawa Ireland Utara akan kekal di bawah kastam EU sehinggalah penyelesaian alternatif ditemui yang mana menjadi satu-satunya syarat yang ditolak oleh UK.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: