Potensi UK Menghindari Senario ‘No-deal’ Brexit Menyelamatkan GBP/USD Daripada Terbenam Melebihi Harga Terendah Oktober 2016

Potensi UK Menghindari Senario ‘No-deal’ Brexit Menyelamatkan GBP/USD Daripada Terbenam Melebihi Harga Terendah Oktober 2016

GBP/USD pada hari Selasa yang lalu telah jatuh melebihi zon psikologi 1.20 yang mana merupakan paras crash low Oktober 2016 (harga terendah selepas r

Tindakan “Profit Taking” Mengheret Harga Minyak
Harga Emas Menyusut Di Pasaran Asia Berdasarkan Kenaikkan Dolar Amerika

GBP/USD pada hari Selasa yang lalu telah jatuh melebihi zon psikologi 1.20 yang mana merupakan paras crash low Oktober 2016 (harga terendah selepas referendum Brexit diluluskan) berpunca daripada kelemahan sentimen dan data PMI Pembinaan UK yang mengecewakan.

Namun begitu, pasangan matawang ini segera melakukan pusingan yang dramatik sehingga berjaya menamatkan kemunduran 300 pips yang berlaku sejak 28 Ogos yang lalu.

Permintaan terhadap pound semakin positif apabila dewan Rakyat UK mengesahkan bahawa permohonan bagi perbahasan ‘Emergency Brexit’ telah dibuat.

Tindakan bagi mengambil alih agenda harian kerajaan pada hari ini disokong oleh majoriti ahli dewan dengan jumlah 328 berbalas 301, dan situasi ini akan menggesa kerajaan untuk mendapatkan lanjutan tempoh bagi tarikh akhir Brexit daripada EU.

Selain itu, momentum positif terhadap GBP/USD semakin mengukuh dengan kejatuhan dollar akibat penyusutan hasil bon kerajaan dan angka PMI Pembuatan ISM yang lemah.

Tekanan ke atas dollar turut terdorong oleh jangkaan pemotongan 50 mata asas kadar faedah pada bulan ini terutamanya apabila Presiden Fed St Louis James Bullard dilihat lebih dovish dalam kenyataannya, selari dengan apa yang disampaikan oleh Presiden Trump apabila mengkritik keputusan ‘rate cut’ Fed yang kurang agresif .

Walaupun kebimbangan terhadap senario ‘no-deal Brexit’ semakin berkurang, namun potensi untuk kerajaan UK mengadakan pilihan raya yang baru pada pertengahan Oktober tetap mengelabui outlook dasar dan ekonomi.

Isu Brexit dan politik UK terus menjadi pemandu utama kepada sentimen pasaran terhadap pound dan sehingga jam 5.55 petang, GBP/USD masih mengekalkan momentum positif, didagang pada paras 1.2172, naik sekitar 90 pips atau 0.73%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: