Post Data ZEW: EUR/USD Kembali Positif, Cuba Tembusi Harga 1.1800

Post Data ZEW: EUR/USD Kembali Positif, Cuba Tembusi Harga 1.1800

Optimis terhadap pertemuan Trump dan Kim hari ini telah menyokong pengukuhan greenback untuk naik berbanding matawang lain dengan EUR/USD susut ke par

Bearish USD/CAD Akan Terus Menguasai Pasaran?
Mesyuarat RBA

Optimis terhadap pertemuan Trump dan Kim hari ini telah menyokong pengukuhan greenback untuk naik berbanding matawang lain dengan EUR/USD susut ke paras 1.1740 pada sesi dagangan Asia yang lepas.

Namun begitu, pelabur Eropah tidak bersama untuk mengekal momentum ini, sekali gus memberi motivasi baru untuk menjadikan paras terendah harian EUR/USD sebagai batu loncatan menolak pasangan matawang ini naik ke paras 1.1800.

Kini EUR/USD masih didagang pada zon tertinggi, naik 0.02% ke paras 1.1787 setakat jam 7.00 petang.

Para pelabur turut mengenepikan data tinjauan sentimen ekonomi ZEW Jerman dan EU bulan Jun yang mengecewakan kerana perlu bertindak lebih berhati-hati sebelum laporan inflasi diterbitkan pada malam ini.

Angka inflasi AS yang diukur melalui indeks CPI akan menjadi indikator penting menjelang pertemuan FOMC esok dimana pasaran menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan.

Perkara lain yang menjadi fokus adalah bagaimana ahli FOMC akan mengekalkan optimis mereka terhadap penambahan jumlah rate hike tahun ini dalam keadaan prospek konflik perdagangan masih menyelubungi negara.

Sementara itu, ahli Bank Pusat Eropah (ECB) pula akan bertemu pada 14 Jun bagi membincangkan dasar kewangan yang baru disamping mengumumkan tarikh yang sesuai untuk menamatkan program pembelian besar-besaran bon yang menjadi salah satu dasar kewangan ECB sejak 3 tahun yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: