Politik UK+Brexit = (-)GBP?

Politik UK+Brexit = (-)GBP?

Dikala rundingan Brexit masih lagi berjalan dengan Kesatuan Eropah dikatakan tidak akan membincangkan masa depan mereka dengan UK sehinggalah London b

Komen Barnier Lonjakkan GBP, Masa Untuk ‘Short’ Semula?
Pound VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/03-31/03/2017

Dikala rundingan Brexit masih lagi berjalan dengan Kesatuan Eropah dikatakan tidak akan membincangkan masa depan mereka dengan UK sehinggalah London bersetuju untuk menjelaskan tunggakan mereka, menyelesaikan nasib warga EU yang tinggal di UK dan merangka pelan masa hadapan bagi persempadanan UK-EU di Ireland.

May dijangkakan akan cuba meyakinkan penggubal undang-undang pada hari ini bahawa beliau akan menawarkan EU “kerjasama rapat dan istimewa yang baharu” dengan UK. Beliau setakat ini masih gagal “menawan” persetujuan Kesatuan Eropah dan menjangkakan tawaran ini akan diterima oleh mereka.

Pada minggu lepas, Pound menerima kejutan jualan setelah bekas pengerusi Parti Konservatif Grant Shapps mendedahkan bahawa beliau sedang merancang untuk menjatuhkan May sebagai Perdana Menteri UK sambil mendakwa terdapat 30 MP akan menyokong beliau. Sebagai rekod, May kehilangan majoriti beliau pada pilihanraya awal yang diadakan pada Jun yang lalu apabila 17 kerusi berpindah tangan.

Mesyuarat kaunsel menteri-menteri EU akan berlangsung pada 19 dan 20 Oktober ini dan jika mereka berkeras untuk menghentikan rundingan Brexit, ia mungkin adalah isyarat bagi May untuk melepaskan jawatan beliau sebagai PM UK. Dalam perkembangan lain, May diberitakan memberi isyarat bahawa beliau akan memecat Menteri Luar Boris Johnson.

Artikel daripada UK Times mengatakan terdapatnya kesilapan oleh Jabatan Statistik Nasional (ONS) yang telah menyebabkan inflasi dilaporkan lebih rendah dan akan menerbitkan pembetulan pada hari ini. Kos penggajian syarikat di UK dijangkakan meningkat lebih berbanding sebelumnya dan ini akan memberikan tekanan kepada BOE untuk menaikkan kadar faedah mereka.

Untuk pasangan GBP/USD. paras harga 1.3000 adalah tersangat penting, jika itu berjaya ditembusi, harga berkemungkinan besar akan cuba mencari ‘support’ di paras harga 1.29242 pula. Di H4, harga masih berada di bawah EMA200, indikator RSI pula sedang membina momentum ke zon ‘overbought’ yang mungkin akan memberi isyarat jualan semula pasangan ini dalam masa terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: