Persiapan Terhad, Potensi Rundingan Trump-Xi Dijalankan Pada Persidangan G20 Merosot

Persiapan Terhad, Potensi Rundingan Trump-Xi Dijalankan Pada Persidangan G20 Merosot

Berbaki tiga minggu sebelum pertemuan antara negara G20, jangkaan China dan AS akan meneruskan rundingan bagi menamatkan konflik perdagangan mereka s

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017
Pejabat IMF: Tiada Alasan Untuk Jepun Campur Tangan Matawang Pada ketika ini

Berbaki tiga minggu sebelum pertemuan antara negara G20, jangkaan China dan AS akan meneruskan rundingan bagi menamatkan konflik perdagangan mereka semakin merosot.

Menurut Reuters, hanya persiapan kecil dibuat bagi proses rundingan yang seterusnya walaupun kedudukan ekonomi global menjadi pertaruhan.

Trump menyebut bahawa beliau ingin bertemu dengan Presiden Xi Jinping di persidangan G20 Osaka pada 28-29 Jun sebelum memutuskan sama ada akan terus menyerang China dengan penambahan tarif atau sebaliknya.

Walaupun kedua-dua belah pihak telah mengesahkan waktu dan tempat bagi rundingan seterusnya, namun tekanan dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi telah menyebabkan pasaran global mengalami kerugian trillion dollar sejak beberapa bulan yang lalu.

Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini semakin meruncing pada bulan Mei yang lalu apabila rundingan di peringkat tertinggi berakhir dengan kebuntuan.

Tambahan pula, tiada rundingan susulan dijalankan sejak pertemuan tamat pada 10 Mei yang lalu.

Bersumberkan keterangan daripada diplomat kedua-dua negara, Reuters melaporkan hanya persediaan kecil dilakukan bagi pertemuan kali ini, berikutan perbezaan yang semakin melebar.

White House walau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut dengan spekulasi tersebut dan menjelaskan bahawa persediaan bagi G20 Summit di Jepun masih berjalan dan belum ada tarikh dan waktu yang khusus dapat diumumkan.

Penasihat Ekonomi AS Larry Kudlow pula berkata kepada CNBC bahawa beliau berharap Trump akan “menyambung rundingan pada bahagian yang telah kami tinggalkan”.

Berbeza dengan Beijing apabila jurucakap Menteri Luar Geng Shuang berkata China terbuka dengan rundingan namun belum dapat mengumumkan potensi pertemuan antara ketua kedua-dua negara.

Beliau turut menegaskan bahawa “China akan berjuang sehingga saat akhir jika Washington berkeras meneruskan serangan.”

Xi Jinping juga berkemungkinan besar tidak akan hadir pada pertemuan peringkat tertinggi jika hasil keputusannya diragui malah akan berdepan dengan ancaman tarif yang baru.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: