Permintaan Yang Perlahan Mengelabui Pemulihan Harga Minyak

Permintaan Yang Perlahan Mengelabui Pemulihan Harga Minyak

Pasaran minyak mendapat sokongan pada minggu lalu menerusi laporan yang mengatakan bahawa Arab Saudi tidak akan membiarkan harga terus jatuh dan akan

Keengganan OPEC+ Meningkatkan Pengeluaran Melonjakkan Harga Minyak Mentah .
Emas Melonjak Ke Paras Tertinggi Enam Tahun Lalu, Lepasi Paras Kritikal $1,400

Pasaran minyak mendapat sokongan pada minggu lalu menerusi laporan yang mengatakan bahawa Arab Saudi tidak akan membiarkan harga terus jatuh dan akan menimbangkan semua pilihan yang ada.

Sebahagian penganalisis pula melihat usaha OPEC menangani lebihan dagangan melalui pemotongan output berkemungkinan tidak mencukupi.

Oleh itu OPEC dijangka akan mula mengumumkan tindakan lanjut bagi mengatasi isu tersebut.

Kenyataan tersebut telah mengeluarkan harga minyak daripada paras terendah bulan Jun, namun tetap merekodkan penutupan 2% lebih rendah pada minggu lepas dan jatuh lebih daripada 6% pada bulan ini.

Hal ini kerana konflik perang perdagangan AS-China yang masih belum menemui titik noktah berpotensi menekan permintaan minyak global.

Malah, Presiden Trump pada hari Jumaat yang lalu mengatakan bahawa beliau belum bersedia mendapatkan perjanjian dengan China.

Selain itu, PBoC juga telah menurunkan midpoint rasmi bagi matawang yuan di paras 7.0326 per dollar untuk sembilan hari berturut-turut dan dengan nilai yuan yang rendah, kos import minyak di China juga turut meningkat.

Kontrak minyak WTI di NYMEX sehingga jam 3 petang didagang sekitar $54.61 sementara kontrak minyak Brent di ICE berada di paras $58.16 setong.

Dua isu masih berpotensi menekan keyakinan pelabur minyak sekali gus menghalang sebarang pemulihan, iaitu lebihan bekalan minyak AS atau pembelian minyak Iran oleh China.

Fokus pelabur kini tertumpu kepada laporan mingguan bekalan rasmi minyak AS oleh EIA yang mana dijangkakan susut 2.9 juta tong pada minggu lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: