Permintaan JPY Menyusut, USD/JPY Mendaki Lebih 500 Pips Sejak 3 Bulan Lalu

Permintaan JPY Menyusut, USD/JPY Mendaki Lebih 500 Pips Sejak 3 Bulan Lalu

Greenback meneruskan pendakian berbanding Yen (JPY) pada hari Selasa yang lalu dengan USD/JPY telah bergerak naik melebihi harga 110.00, merekodkan pe

Menarik Minat Safe-Haven Pudar, Emas Bergerak Turun
Gangguan Bekalan Dari Syncrude Kanada Punca Simpanan Minyak Mentah Amerika Syarikat Berkurangan.

Greenback meneruskan pendakian berbanding Yen (JPY) pada hari Selasa yang lalu dengan USD/JPY telah bergerak naik melebihi harga 110.00, merekodkan peningkatan ke paras tertinggi sejak tiga bulan yang lalu.

Lonjakan ini turut didorong oleh peningkatan hasil bon 10-tahun AS ke paras 3.095% yang mana telah mengukuhkan kedudukan USD berbanding matawang yang lain.

USD/JPY telah mula bangkit daripada harga terendah 104.56 yang direkodkan pada 23 Mac yang lalu.

Dalam keadaan permintaan bullish Yen semakin hilang, para pelabur menjangkakan USD/JPY akan terus mencatatkan paras tertinggi yang baru.

Tambahan pula, hasil bon dijangka akan terus meningkat menuju 3.5% dan USD dijangka akan terus mendapat sokongan menerusi laporan permit perumahan dan housing start yang akan dikeluarkan pada malam ini.

USD/JPY kini didagang sekitar 110.25 dan paras 110.84-110.00 kini menjadi zon resistance terhampir dalam tempoh masa yang terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: