Permintaan Emas Merosot, Proses Mengikat Perjanjian Fasa Pertama Secara Rasmi Semakin Hampir

Permintaan Emas Merosot, Proses Mengikat Perjanjian Fasa Pertama Secara Rasmi Semakin Hampir

Peningkatan harga bon yang didorong oleh pertumbuhan NFP AS yang lemah telah menjadikan bullion tanpa hasil seperti emas lebih menarik perhatian pela

Preview News Penting Untuk EUR, GBP & CAD: 23/11/2017
Preview News Penting Buat GBP & USD: 24/05/2018

Peningkatan harga bon yang didorong oleh pertumbuhan NFP AS yang lemah telah menjadikan bullion tanpa hasil seperti emas lebih menarik perhatian pelabur, sekali gus memberi sokongan kepada pasaran di awal pembukaan dagangan hari Isnin.

Situasi di Iran juga mendapat sedikit perhatian selepas kerajaan Iran mengakui tidak sengaja menembak jatuh kapal terbang awam milik Ukrain.

Namun pengesahan hanya dilakukan selepas UK, Kanada, AS dan Australia mengatakan bahawa agensi perisikan mereka mendapati kapal terbang tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu Iran.

Walau bagaimanapun, sentimen risk-off mereda apabila saham-saham kembali didagang tinggi menjelang upacara menandatangani perjanjian fasa pertama yang dijangkakan berlangsung pada minggu ini.

Permintaan safe haven emas juga merosot dengan kontrak futures emas bagi bulan Februari di Comex NYMEX jatuh 0.3% atau $4.75 kepada $1,555.35 per auns setakat jam 10.10 malam.

Antara syarat utama yang akan dilaksanakan pada fasa ini adalah penambahan pembelian barangan import AS oleh China, sementara AS pula akan memansuhkan sebahagian tarif yang telah dikuat kuasakan sebelum ini.

Sehingga hari ini masih belum diumumkan tarikh akhir untuk memulakan rundingan fasa kedua walaupun Presiden Trump mengatakan ianya akan dilaksanakan secepat yang mungkin selepas perjanjian fasa pertama diikat secara rasmi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: