Permintaan Aset Safe Haven Bangkit Dengan Kemunculan Isu Coronavirus Yang Baru

Permintaan Aset Safe Haven Bangkit Dengan Kemunculan Isu Coronavirus Yang Baru

Kebimbangan terhadap wabak coronavirus yang mematikan kembali menjadi perhatian pada hari ini selepas daerah Hubei China melaporkan peningkatan kes j

Tiada Pergerakan Yang Jelas Buat USD/JPY, Kekal Di Dalam Julat 107.80-109.00
Preview News Penting Buat EUR, GBP, USD & CAD: 05/10/2018

Kebimbangan terhadap wabak coronavirus yang mematikan kembali menjadi perhatian pada hari ini selepas daerah Hubei China melaporkan peningkatan kes jangkatan yang mendadak.

Laporan tersebut kembali menekan sentimen para pelabur sehingga mengembalikan gelombang penjualan aset-aset berisiko yang baru di peringkat global.

Selain itu, risk-off mood turut meningkatkan aliran masuk matawang safe haven seperti Yen dan Swiss franc dan mendorong pullback pada hasil bon AS, menjadikan dolar AS merosot berbanding Yen.

Di tambah dengan kegagalkan USD/JPY naik melepasi garisan psikologi 110.0, keadaan tersebut turut menguatkan lagi kejatuhan pasangan matawang ini pada sesi dagangan Eropah.

Sehingga jam 6.15 petang, USD/JPY telah jatuh sekitar 0.36% atau 40 pips ke paras 109.68. Penyusutan yang berlaku dilihat berpotensi menamatkan peningkatan tiga hari berturut-turut.

Para pelabur kini akan mengikuti perkembangan data inflasi AS yang akan memainkan peranan utama dalam mempengaruhi dinamik pergerakan USD di samping mencari peluang dagangan di awal pembukaan sesi dagangan AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: