Perjanjian NAFTA bantu lonjakkan Harga Minyak Dunia.

Perjanjian NAFTA bantu lonjakkan Harga Minyak Dunia.

  Selasa, harga minyak mentah terus meningkat pada awal dagangan hari ini apabila pasaran menyesuaikan diri dengan prospek bekalan yang semaki

Penyata Kadar Faedah BoC Jadi Tumpuan
PBOC Campur Tangan Selepas Pinjaman Diantara Bank Dihadkan

 

Selasa, harga minyak mentah terus meningkat pada awal dagangan hari ini apabila pasaran menyesuaikan diri dengan prospek bekalan yang semakin ketat untuk berdepan sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran yang bakal dilaksanakan pada bulan hadapan dengan Brent mencatatkan perningkatan harga tertinggi dalam masa empat ( 4 ) tahun pada sesi dagangan semalam.

Pada jam 0439GMT Niagaan hadapan minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras untuk dagangan global mencatatkan perningkatan 5sen dari harga penutupan semalam untuk didagangkan pada harga $85.03 setong. Semalam Brent mencatatkan harga tertinggi melebihi paras yang dicatatkan pada November 2014 apabila didagangkan pada harga $85.45

Manakala bagi niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) pula mencatatkan perningkatan 24sen bersamaan 0.3% untuk didagangkan pada harga $ 75.54 setong.

Secara keseluruhan Brent telah meningkat hampir 20% dari harga terendah pada bulan Ogos, manakala WTI mencatatkan perningkatan 17% dari pertengahan bulan Ogos.

Sentiment pasaran juga disokong oleh persetujuan saat akhir NAFTA sebagai perjanjian tiga ( 3 ) hala antara Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang Berjaya menyelamatkan zon perdagangan terbuka bernilai $1.2 trilion yang hampir runtuh.

Pengarah perundingan tenaga dari Teifecta, Sukrit Vijayakar berkata, harga minyak mentah terus melonjak apabila Kanada dan Amerika Syarikat mengemas kini perjanjian NAFTA dimana ia terus menjamin pertumbuhan ekonomi yang baik kepada negara terbabit.

 

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: