Pergolakan Politik Di Itali Berpotensi Menambah Tekanan Ke Atas Matawang EUR

Pergolakan Politik Di Itali Berpotensi Menambah Tekanan Ke Atas Matawang EUR

Matawang euro secara keseluruhan berpotensi ditekan oleh pergolakan politik di Itali. Timbalan PM Itali Matteo Salvini telah menggesa untuk diadakan

Giliran BOC dan ECB Beraksi
Peningkatan Harga Minyak Terhenti, Dua Isu Utama Menyekat Pergerakan

Matawang euro secara keseluruhan berpotensi ditekan oleh pergolakan politik di Itali. Timbalan PM Itali Matteo Salvini telah menggesa untuk diadakan pilihan raya yang baru.

Dan sehingga hari ini, kecenderungan parti yang menjadi pilihan rakyat bagi negara pemilik ekonomi ketiga terbesar Zon Eropah tersebut masih belum diketahui dengan jelas.

Parti Lega di bawah Salvini, 5-Star Movement dan pihak pembangkang bersepakat untuk mengelak daripada terjadinya pembubaran parlimen, namun penyelesaiannya adalah ketiga-tiga pihak perlu mencari titik persamaan ataupun membentuk kerajaan yang baru.

Kedua-dua pilihan di atas bukanlah sesuatu yang mudah dalam suasana politik Itali ketika ini, dan keadaan ini menambahkan lagi tekanan ke atas matawang tunggal EUR yang telah merosot sejak akhir tahun 2018 yang lalu akibat konflik Itali dan Jerman dalam menyelesaikan isu hutang dan belanjawan mereka.

Walau bagaimanapun, tiada alasan yang kukuh untuk Itali mengubah kerajaan ketika ini, menyebabkan kurangnya reaksi daripada para pelabur EUR dengan kenyataan tersebut.

Malah, kelemahan dollar selari dengan pengunduran hasil bon 10-tahun AS menghampiri paras terendah Oktober 2016 membantu EUR/USD untuk keluar daripada paras terendah 1.1162 untuk kembali berada di atas 1.1200.

Sehingga jam 10.30 malam, EUR/USD didagang sekitar 1.1214, naik 0.14% daripada pembukaan harga hari Isnin.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: