Pergerakan Dollar Terhenti Seketika, Tumpuan Penuh Kepada Kenyataan Powell

Pergerakan Dollar Terhenti Seketika, Tumpuan Penuh Kepada Kenyataan Powell

Kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell akan diberi tumpuan penuh oleh pasaran pada hari ini berikutan beliau akan mula membentangkan laporan pertengah

Preview News Penting EUR, USD & CAD: 23/11/2018
Yen Melonjak, USD/JPY Menjunam Lebih 200 Pips, Ini Sebabnya!

Kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell akan diberi tumpuan penuh oleh pasaran pada hari ini berikutan beliau akan mula membentangkan laporan pertengahan tahun dasar monetari di Kongres pada jam 10 malam.

Keterangan di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan dilihat sebagai peluang kepada Powell untuk menyuarakan pandangan beliau terhadap landasan terbaru kadar faedah yang bakal diumumkan akhir bulan ini.

Walaupun pasaran telah meletakkan jangkaan pemotongan 25 mata asas pada mesyuarat dasar bulan Julai hadapan, namun laporan pekerjaan AS yang baik pada hari Jumaat lalu memaksa para pelabur mengenepikan pandangan untuk melihat pelonggaran dasar yang lebih agresif.

Berdasarkan tinjaun CME Group, Fed funds futures tidak lagi meletakkan jangkaan penurunan 50 mata asas atau 0.5% kadar faedah pada bulan ini sementara ramalan untuk melihat tiga kali rate cut pada tahun ini masih stabil di bawah paras 50%.

Pasaran saham didagang lebih rendah pada hari Rabu akibat daripada kebimbangan terhadap pandangan yang akan dilontarkan oleh Powell dalam keterangan beliau malam ini.

Indeks USD juga mencatat perubahan yang kecil, turun 0.07% kepada 97.42 mata setakat jam 8.30 malam, masih bergerak mendatar sekitar paras tertinggi mingguan

Selain daripada isu di atas, keputusan terkini dasar Bank Pusat Kanada (BoC) pada malam ini juga mampu mengalihkan perhatian para pelabur.

BoC dijangka mengekalkan kadar faedah mereka dan menaikkan outlook pertumbuhan ekonomi dan hal ini akan akan mengesahkan perbezaan pendekatan BoC berbanding bank-bank pusat yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: