Perang Perdagangan Bertambah Tegang, Sekatan Keatas Iran Mungkin Ditarik Balik.

Perang Perdagangan Bertambah Tegang, Sekatan Keatas Iran Mungkin Ditarik Balik.

  Rabu, ancaman tarif terbaru Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap import China memberi kesan buruk terhadap harga minyak mentah du

GBP USD Cuba Bertahan Di Atas 1.45 Sebelum Data Sektor Perkhidmatan
Minyak Mentah Terus Naik Kerana Bekalan Yang Ketat

 

Rabu, ancaman tarif terbaru Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap import China memberi kesan buruk terhadap harga minyak mentah dunia dengan niagaan hadapan minyak mentah Brent mengalami kejatuhan lebih dari $1 pada satu ketika .

Ketegangan perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu semakin meningkat selepas satu rancangan baru dikeluarkan untuk mengenakan tarif ke atas import komoditi dan pasaran saham China yang bernilai lebih dari 200 bilion dollar .

Pada jam 0308GMT, niagaan hadapan minyak mentah Brent menurun 1% atau 75sen untuk didagangkan pada harga $78.11 setong manakala untuk dagangan minyak Amerika Syarikat pula mengalami kejatuh 0.7% atau 55sen untuk didagangkan pada harga $73.56 setong.

Ketua strategi pasaran di CMC Markets yang berpengkalan di Sydney berkata, para pelabur terkejut dengan rancangan terbaru Trump dan keputusan tersebut adalah diluar jangkaan para pelabur.

harga minyak mentah juga ditekan dengan berita bahawa Amerika Syarikat bakal menimbang semula untuk menarik balik sekatan terhadap eksport minyak mentah Iran selepas bekalan minyak mentah yang semakin menurun.

Pada hari Selasa, Setiausaha Amerika Syarikat, Mike Pampeo berkata , Washington bakal mempertimbangkan permintaan dari beberapa negara untuk menarik balik sekatan terhadap eksport minyak Iran yang dikenakan kepada Iran pada bulan November yang lalu.

Sebelum ini Washington memberi amaran kepada negara-negara luar supaya menghentikan semua import minyak mentah dari Iran atau dikenakan sekatan kewangan dari Amerika Syarikat tanpa pengecualian selepas Amerika Syarikat menarik diri dari penjanjian nuclear pada bulan Mei yang lepas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: