Penutupan Kerajaan AS Bakal Mencatat Sejarah, Apakah Trump Akan Isytiharkan ‘Kecemasan’?

Penutupan Kerajaan AS Bakal Mencatat Sejarah, Apakah Trump Akan Isytiharkan ‘Kecemasan’?

Presiden Donald Trump kini berhadapan dengan penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah dan merancang untuk mengisytiharkan kecemasan di peringkat na

Bullish GBP/USD Terhenti Seketika?
Sehari Sebelum Perjumpaan Xi-Trump; Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Sekali Lagi

Presiden Donald Trump kini berhadapan dengan penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah dan merancang untuk mengisytiharkan kecemasan di peringkat nasional.

Tindakan Trump diilhat akan mengeruhkan lagi kemelut bersama parti Demokrat mengenai tuntutan dana bagi pembianaan tembok sempadan AS-Mexico.

Untuk keluar daripada perangkap politik buatan beliau sendiri, Trump pada hari Khamis lalu menegaskan bahawa beliau akan mengisytiharkan kecemasan bagi mendapatkan dana pembinaan tembok tanpa melalui kongres.

Pembinaan tembok mengekang aliran masuk pendatang tanpa izin dan dadah. merupakan antara janji beliau utama beliau di dalam kempen presiden 2016 yang lalu.

Pada awalnya kos pembiayaan pembinaan tembok dikatakan akan ditanggung oleh Mexico, namun hal tersebut ditolak oleh kerjaan Mexico.

Akhirnya Trump terpaksa menuntut kongress untuk memberikan dana sebanyak $5.7 billion dollar daripada cukai yang diterima bagi tujuan pembinaan tembok sepanjang sempadan AS dan Mexico.

Tuntutan ini ditolak oleh Demokrat dengan mengatakan bahawa menaikkan tembok adalah satu tindakan yang tidak efektif malah jawapan yang lapuk dalam menyelesaikan masalah yang kompleks.

Penutupan sebahagian agensi kerajaan kini memasuki telah hari ke-21 menuju rekod penutupan terpanjang dalam sejarah negara.

Senator daripada Demokrat Joe Manchin, yang mempunyai pertalian yang baik dengan Trump berkata pengisytiharan kecemasan ini adalah ‘salah’ namun mungkin satu-satunya cara untuk Trump keluar daripada isu tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0