Peningkatan USD Masuk Hari Ke-6, Apakah Konflik Perdagangan AS-China Dapat Ditamatkan Sebelum 1 Mac 2019?

Peningkatan USD Masuk Hari Ke-6, Apakah Konflik Perdagangan AS-China Dapat Ditamatkan Sebelum 1 Mac 2019?

Dollar terus didagang tinggi pada sesi pasaran Eropah hari Jumaat, didorong oleh laporan yang mengecilkan peluang bahawa AS dan China akan menamatkan

Yen Berlegar Pada 3 Minggu Harga Terendah
ECB Memegang Salah Satu Kunci Utama Kemerdekaan Catalonia

Dollar terus didagang tinggi pada sesi pasaran Eropah hari Jumaat, didorong oleh laporan yang mengecilkan peluang bahawa AS dan China akan menamatkan perang perdagangan mereka dalam masa yang terdekat.

Sehingga jam 6.23 petang, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama terus mencatat penutupan di paras tertinggi tahunan yang baru, naik 0.18% kepada 96.68 mata.

Peningkatan selama enam hari merupakan pendakian paling lama pernah dicatatkan oleh dollar sejak bulan Oktober 2018 yang lalu.

Laporan WSJ mengatakan bahawa ‘sangat tidak mungkin’ Presiden AS Donald Trump dan Xi Jinping akan bertemu untuk menyelesaikan konflik perdagangan mereka sebelum tariff baru dikuatkuasakan pada 1 Mac hadapan.

Komen yang bearish ini kebiasaannya meningkatkan permintaan dollar sebagai salah satu matawang safe haven.

Akan tetapi, kekuatan dollar juga turut terdorong oleh kelemahan matawang utama yang lain terutamanya selepas Fed secara rasmi menghentikan sementara kitaran pengetatan dasar mereka.

Pengerusi Fed Dallas, Robert Kaplan yang terkenal sebagai salah seorang ahli FOMC yang hawkish pada hari Khamis lalu turut mengubah nada beliau dengan mengatakan perlunya kesabaran dan penangguhan rate hike untuk beberapa bulan adalah lebih baik kepada negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa keberkesanan ransangan daripada pemotongan cukai pada tahun 2017 semakin merosot sementara peningkatan kadar faedah pada tahun lalu masih memberi impak kepada ekonomi secara keseluruhan.

Matawang euro pula semakin tertekan selepas Jerman terus memaparkan angka-angka yang lemah dengan hasil eksport mereka jatuh ke paras terendah dua tahun yang lalu di bulan Disember.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: