Peningkatan Stok Minyak AS Menyekat Kenaikan Harga

Peningkatan Stok Minyak AS Menyekat Kenaikan Harga

Peningkatan diluar jangkaan bagi stok minyak mentah AS, seperti yang dilaporkan oleh American Petroleum Institute (API) semalam terus memberi kesan k

Apa Kesudahan Pasaran Minyak & Kesan Terhadap Pasangan USD/CAD?
Peningkatan Harga Minyak Dunia Optimis; Harga Petrol Di Malaysia Dijangka Turun

Peningkatan diluar jangkaan bagi stok minyak mentah AS, seperti yang dilaporkan oleh American Petroleum Institute (API) semalam terus memberi kesan kepada sentimen pasaran minyak dunia. Laporan API menunjukkan bahawa simpanan minyak mentah AS naik sebanyak 1.9 juta tong sehari pada minggu lepas, sementara para penganalisa menjangkakan penurunan sebanyak 1.2 juta tong.

Rusia negara pengeluar minyak mentah kedua terbesar di dunia, telah hampir pasti untuk bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka sebanyak 228,000 tong sehari menjelang penghujung bulan Mac menurut Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak pada minggu ini.

Dua pelabuhan minyak utama di Venezuela masih lagi ditutup ekoran bekalan tenaga elektrik yang terputus. Akibatnya, hampir 90% eksport yang dikeluarkan melalui pelabuhan Jose dan Puerto La Cruz telah terjejas teruk. Kejadian seumpama itu telah berlaku untuk kali kedua untuk tempoh kurang daripada 3 minggu.

Menjelang laporan EIA pada malam nanti, harga minyak mentah dilihat sedikit mengendur namun masih kukuh di paras sekitar $67.80 setong. Syarikat minyak AS terus-menerus melakukan pengeluaran minyak mereka sehingga menimbulkan keresahan kepada negara-negara OPEC yang mahu bekalan dikurangkan untuk mamastikan harga minyak kembali berada di atas paras harga $70 setong.

Laporan EIA menjangkakan penambahan stok minyak akan berlaku dan ini adalah bukan sesuatu yang bagus buat harga minyak dunia. Jika benar penambahan akan berlaku, harga minyak akan merudum dengan teruk dan begitu juga dengan CAD. Paras sokongan bagi minyak mentah berada di harga $64 setong. Manakala pasangan USDCAD pula sedang melakukan pendakian di paras 1.34100.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: