Peningkatan Harga Minyak Optimis Namun Terhad, RON95 & RON97 Naik 7 sen

Peningkatan Harga Minyak Optimis Namun Terhad, RON95 & RON97 Naik 7 sen

Harga minyak mentah dunia melonjak naik sejak minggu lepas apabila stok simpanan minyak AS dilihat berkurangan dengan ketara dan meningkatnya sentimen

Harga Minyak Dunia Jatuh : Harga Baharu Petrol & Diesel Malaysia Bermula Tengah Malam Ini
Harga Minyak Dunia Meningkat Baik

Harga minyak mentah dunia melonjak naik sejak minggu lepas apabila stok simpanan minyak AS dilihat berkurangan dengan ketara dan meningkatnya sentimen bahawa OPEC dan Non-OPEC bakal meneruskan pemotongan pengeluaran mereka sehingga tahun hadapan.

OPEC dan beberapa negara Non-OPEC yang lain akan bertemu di Vienna pada minggu hadapan bagi membincangkan hala tuju usaha mereka itu. Arab Saudi dan Russia, kedua-duanya secara tidak rasmi sudahpun menyatakan komitmen mereka terhadap pemotongan lanjutan.

Namun, di saat ‘demand’ pada musim panas bakal tiba, beberapa penganalisa pasaran berpendapat, walaupun usaha pemotongan itu berjaya diteruskan masih ada kecenderungan untuk mereka tidak berjaya untuk mendisiplinkan diri dan memberi komitmen yang sepenuhnya seperti sekarang.

Kekurangan bekalan di dalam pasaran pastinya akan ditampung oleh Libya dan Nigeria, ini mungkin bakal mempengaruhi negara pengeluar yang lain untuk terus meningkatkan pengeluaran mereka. Pengeluar daripada US juga akan terus mengepam minyak seperti biasa dan ini lantas akan membantutkan usaha pemotongan dan mungkin sahaja harga minyak akan kembali tenggelam ke dasar.

Pada malam ini, data minggua EIA akan diterbitkan dengan jangkaan penambahan ke atas simpanan minyak AS, ini sudah pasti memberi tekanan kepada harga minyak dunia. Pada ketika ini, harga minyak bergelut untuk cuba menembusi paras 50-55$ setong. Namun jika data yang baik kelihatan pada malam ini, ia adalah petanda baik untuk minyak memulakan pendakian ke paras $55 setong untuk minggu ini.

Harga minyak petrol RON95 dan RON97 di pam seluruh Malaysia pula naik sebanyak 7 sen pada tengah malam ini. Walaupun Ringgit semakin mengukuh semenjak minggu lepas, ianya tidak dapat untuk memberikan harga minyak yang lebih murah ketika harga jualan runcit MOPS meningkat hampir 3$ setong sejak minggu lepas berada di sekitar $65 setong pada minggu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: