Pengesahan Dovish Fed Mengekalkan Penurunan Dollar 3 Hari Berturut-turut

Pengesahan Dovish Fed Mengekalkan Penurunan Dollar 3 Hari Berturut-turut

Usaha ketua-ketua Eropah menangguhkan tarikh Brexit selama enam bulan sehingga Oktober 2019 tidak mendapat reaksi yang memberansangkan berikutan peng

Preview News Penting Buat AUD, EUR & USD: 12/10/2018
Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/06-08/06/2018

Usaha ketua-ketua Eropah menangguhkan tarikh Brexit selama enam bulan sehingga Oktober 2019 tidak mendapat reaksi yang memberansangkan berikutan penghalang terbesar untuk UK keluar dengan selamat adalah parlimen UK itu sendiri.

Mereka juga menegaskan bahawa peralihan boleh berlaku sekiranya parlimen UK meluluskan usul perjanjian peralihan lebih awal.

Namun begitu, syarat lain yang diputuskan adalah UK akan keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian pada 1 Jun jika mereka gagal menyertai pilihan raya parlimen EU yang akan berlangsung pada 23 Mei hadapan.

Pound masih bergerak mendatar di zon tertinggi berbanding dollar, didagang dalam julat yang kecil sepanjang dua sesi pasaran Asia dan Eropah.

Peningkatan GBP/USD walau bagaimanapun dilihat terdorong oleh pengunduran dollar selepas minit mesyuarat Fed terkini dikeluarkan.

Dollar menutup semua keuntungan yang diperoleh pada hari Rabu yang lalu, mengekalkan penurunan tiga hari berturut-turut apabila dovish Fed menerusi minit mesyuaratnya melemahkan permintaan.

Majoriti ahli Fed menegaskan bahawa tiada rate hike akan diumumkan pada tahun ini, malah bank pusat bersedia untuk menurunkan kadar faedah jika diperlukan.

Sehingga jam 7.20 petang, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mendatar di paras 96.94 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: