Pengeluaran Minyak Mentah Bakal Mencatatkan Rekod Tertinggi ?

Pengeluaran Minyak Mentah Bakal Mencatatkan Rekod Tertinggi ?

Khamis, Agensi Tenaga Antarabangsa didalam ramalan terbarunya yang dikeluarkan menjangkakan bekalan minyak mentah dunia bakal mencatatkan rekod dengan

Pasaran Emas Tertekan Dengan Perang Tarif Amerika Syarikat Dan China
Data UK Yang Mengecewakan Mempengaruhi Matawang GBP/USD

Khamis, Agensi Tenaga Antarabangsa didalam ramalan terbarunya yang dikeluarkan menjangkakan bekalan minyak mentah dunia bakal mencatatkan rekod dengan pengeluaran sebanyak 100 juta tong sehari.

Pengeluaran minyak mentah dari Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan Russia meningkat keparas tertinggi dalam masa Sembilan ( 9 ) bulan pada bulan Ogos dengan catatan 32.63 juta tong sehari berikutan dari pemulihan dari pengeluaran Libya serta perningkatan pengeluaran dari Iraq, Negeria dan Arab Saudi menurut data yang dikeluarkan oleh IEA. Perningkatan juga dicatatkan oleh negara bukan OPEC dengan perningkatan sebanyak 2.6 juta tong sehari dimana ia diketuai oleh pengeluaran Amerika Syarikat .

Walau bagaimana pun, agensi yang berpusat di Paris itu juga memberi amaran terhadap kemungkinan dimana pengeluaran di Iran dan Venezuela yang mengalami kemerosotan bakal menjejaskan pasaran.

Pada bulan Jun yang lalu, negara-negara OPEC telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran kepada penambahan sekurang-kurangannya 1 juta tong sehari selepas ditekan oleh Amerika Syarikat untuk mengurangkan harga minyak mentah global.

Perningkatan sekatan dari Amerika Syarikat terhadap Iran yang merupakan ahli OPEC memberi tekanan kepada organisasi terbabit serta bakal memberi kesan negative kepada pasaran. Sekatan terbaru yang bakal dilaksanakan pada bulan November dijangka akan memusatkan kepada sektor petroleum negara tebabit.

Selepas laporan terbabit dikeluarkan, niagaan hadapan minyak mentah Brent susut 1.56% untuk didagangkan pada harga $69.27 setong, manakala untuk niagaan hadapan minyka mentah West Texas Intermediate ( WTI ) pula susut 0.9% untuk didagangkan pada harga $79.00 setong pada 0422 ET ( 0822 GMT ) .

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: