Pengecualian 180hari Kepada Pengimport Utama Minyak Mentah Iran, Harga Terus Menyusut.

Pengecualian 180hari Kepada Pengimport Utama Minyak Mentah Iran, Harga Terus Menyusut.

  Rabu, harga minyak mentah dunia merosot apabila pengeluaran dari Amerika Syarikat mencatatkan perningkatan berterusan dan pengeculian bebera

Penutupan Kerajaan AS Memasuki Hari Ke-33, Pembayaran Kepada 800,000 Pekerja Kerajaan AS Terus Tertangguh
Preview News Penting Buat NZD, GBP, USD & CHF: 20/09/2018

 

Rabu, harga minyak mentah dunia merosot apabila pengeluaran dari Amerika Syarikat mencatatkan perningkatan berterusan dan pengeculian beberapa negara pengimport utama minyak mentah Iran dari sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap negara tebabit bagi menjamin bekalan dibekalkan dengan baik untuk pasaran dunia.

Niagaan hadapan minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember mencatatkan penurunan 0.1% atau 9sen dari harga penutup semalam untuk didagangkan dengan harga $72.04 setong pada 03337GMT, manakala West Texas Intermediate (WTI ) mencatatkan penyusutan 0.5% atau 29sen dari harga penutup semalam.

Secara keseluruhan Brent dan WTI masing-masing mencatatkan penyusutan sebanyak 17.4 dan 19.7 peratus dari harga tertinggi yang pernah dicatatkan pada awal Oktober yang lalu.

Sumber dari bank JP Morgan Amerika Syarikat menyatakan bahawa harga minyak mentah yang semakin menyusut adalah disebabkan oleh pengeluaran yang berlebihan sementara bekalan dari Iran masih berada di dalam pasaran ( pengecualian ) .

Kerajaan Amerika Syarikat melaksakan kembali sekatan terhadap Iran bermula pada hari Isnin yang lalu, akan Washington memberi tempoh pengecualian selama 180 hari kepada pengimport-pengimport utama negara terbabit untuk terus membeli minyak dari Iran.

Data dari Refinitiv Eikon menunjukkan eksport minyak mentah Iran telah jatuh mendadak dari sekitar 3juta tong sebulan yang dicatatkan pada pertengah tahun 2018 kepada 1juta tong sehari yang dicatatkan pada awal bulan November 2018. Akan tetapi jumlah tersebut dijangkan bakal meningkat memandangkan pengecualian yang diberikan oleh Amerika Syarikat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: