Pendakian EUR/USD Tamat, Kekuatan Zon Support 1.1300 Teruji

Pendakian EUR/USD Tamat, Kekuatan Zon Support 1.1300 Teruji

Data-data Zon Eropah yang lemah telah menamatkan pendakian EUR/USD pada minggu lalu, jatuh sekitar 1.10% atau lebih 120 pips tutup pada harga 1.1330

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 28/05-01/06/2018
Peningkatan USD Masuk Hari Ke-6, Apakah Konflik Perdagangan AS-China Dapat Ditamatkan Sebelum 1 Mac 2019?

Data-data Zon Eropah yang lemah telah menamatkan pendakian EUR/USD pada minggu lalu, jatuh sekitar 1.10% atau lebih 120 pips tutup pada harga 1.1330

Matawang tunggal euro susut dengan kelemahan pesanan kilang Jerman, kemudian diikuti penurunan pada pengeluran industri dan lebihan perdagangan yang semakin mengecil.

Namun begitu, penurunan yang perlahan pada hari Jumaat lalu menunjukkan kekuatan support pada harga 1.1300 yang kini telah teruji dan berjaya ditembusi.

Melihat daripada sudut fundamental, perubahan keinginan risiko yang telah menekan pasaran saham dan meningkatkan permintaan dollar memaksa EUR/USD untuk jatuh dan terus didagang lebih rendah di bawah harga 1.300.

Sehingga jam 12.05 pagi, EUR/USD susut lebih 50 pips atau sekitar 0.47% kepada 1.2777

Sebahagian penganalisis melihat hanya masa menjadi penentu untuk matawang tunggal euro terus merekodkan harga terendah tahunan yang baru berbanding dollar.

Dengan bacaan awal pertumbuhan GDP EU bagi suku tahun keempat yang akan dikeluarkan pada hari Khamis dalam keadaan kadar jualan runcit Jerman mengucup, risiko untuk EUR/USD meneruskan kejatuhan adalah tingg.

Dan penutupan di bawah 1.300 akan mengukuhkan trend bearish pasangan matawang ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: