Penambahan Tarif Akan Terus Menekan Matawang Negara Membangun

Penambahan Tarif Akan Terus Menekan Matawang Negara Membangun

Seperti yang telah diketahui umum, penambahan daripada 10% kepada 25% cukai ke atas barangan import China telahpun dikuatkuasakan pada hari Jumaat la

Pasaran China Kembali Didagangkan Dan Meransang Kenaikkan Harga Emas Di Asia.
Powell: Trump Mengharapkan Bantuan Fed Menurunkan Nilai Dollar, Tetapi Itu Bukan Kerja Saya

Seperti yang telah diketahui umum, penambahan daripada 10% kepada 25% cukai ke atas barangan import China telahpun dikuatkuasakan pada hari Jumaat lalu dan China berjanji akan bertindak dengan peningkatan tersebut.

Namun begitu, sehingga hari ini tiada butiran lanjut diumumkan oleh China malah penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow berkata Presiden Trump mensasarkan pertemuan bersama Xi Jinping pada mesyuarat G-20 bulan Jun hadapan.

Minggu ini merupakan giliran China untuk memanggil wakil perdagangan AS ke Beijing bagi meneruskan rundingan.

Penganalisis daripada Duetsche Bank, Ulrich Stephan berkata, “Jika Washington terus menambah cukai import ke atas China, para pengguna AS akan mula merasakan impaknya.”

“Bagi produk seperti telefon pintar dan komputer riba, China masih mempunyai alternatif lain dalam ekonomi dunia ini”, tambah beliau.

Pasaran pertukaran matawang asing terutamanya yuan China dan rupee India telah jatuh ke paras terendah empat bulan lalu berbanding dollar.

Aussie yang secara umumnya merupakan proksi kepada pertumbuhan China dan perubahan risiko global juga turun menunju paras terendah 10 tahun lalu berbanding dollar yang telah dijejak awal bulan ini.

Peningkatan dollar berbanding matawang negara membangun adalah punca utama yang menjadikan konflik perdagangan ini menekan pertumbuhan global.

Hal ini kerana dollar yang semakin tinggi mengurangkan kuasa pembelian pasaran negara membangun untuk membeli barangan import dan melangsaikan hutang mereka di dalam dollar.

Oleh itu, dinamik dollar terus menjadi perhatian dengan jangkaan untuk Fed menurunkan kadar faedah pada tahun ini hangat diperdebatkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: