Penambahan Tarif 25% Ke Atas Import China Menjadi Kenyataan, Namun Rundingan Tetap Diteruskan

Penambahan Tarif 25% Ke Atas Import China Menjadi Kenyataan, Namun Rundingan Tetap Diteruskan

Penambahan 25% tarif ke atas barangan China yang bernilai $200 billion telah berkuatkuasa pada hari ini dan Beijing memberi amaran untuk mengumumkan

Preview News Penting Buat EUR/USD: 11/1/2018
Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 09-13 Januari 2017

Penambahan 25% tarif ke atas barangan China yang bernilai $200 billion telah berkuatkuasa pada hari ini dan Beijing memberi amaran untuk mengumumkan serangan balas.

Menteri Perdagangan China berkata mereka kecewa dengan keputusan AS dan menjelaskan bahawa tindak balas yang sesuai akan diambil.

Penambahan duti import ini berlaku dalam keadaan rundingan perdagangan antara pegawai tertinggi AS dan China masih berlangsung.

Perbincangan untuk menyelesaikan konflik perdagangan sejak 10 bulan yang lepas kini berhadapan kesukaran.

Pertemuan 90 minit Timbalan PM Liu He, Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendeharaan AS Steven Mnuchin pada hari Khamis lalu dijangka akan diteruskan pada hari ini.

Tanpa sebarang pengumuman baru daripada pentadbiran Trump untuk menghentikan penambahan tarif ini, Jabatan Perlindungan Kastam dan Sempadan AS akan mula mengenakan 25% duti import kepada kargo barangan ke China selepas jam 12 tengahhari (0400 GMT)

Sementara lebih daripada 5,700 kategori produk yang keluar daripada pelabuhan China sebelum waktu tersebut hanya akan dikenakan cukai yang asal (10%).

Sektor import China yang paling terkesan dengan peningkatan cukai ini adalah daripada kategori modem internet, routers dan sebahagian peranti penyiaran.

Selain itu, produk perabot, lampu, bahagian automotif, pembersih vakum dan bahan pembinaan juga akan yang senarai produk yang dikenakan cukai yang tinggi.

Ahli ekonomi melihat kesan penambahan tarif ini akan mula dirasai oleh pengguna AS dalam tempoh 3-4 bulan, namun para peniaga runcit tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menaikan harga bagi menampung peningkatan kos import.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: