Pemulihan Sentimen Risiko Menekan Permintaan Emas Dua Hari Berturut-turut

Pemulihan Sentimen Risiko Menekan Permintaan Emas Dua Hari Berturut-turut

Pasaran emas akhirnya memecahkan kebuntuan apabila kembali jatuh menghampiri support terhampir sekitar $1,325 beberapa jam yang lalu. Permintaan l

Preview NFP: 3 Potensi Pergerakan EUR/USD & USD/JPY
Kebuntuan Brexit Menyekat Peningkatan GBP/USD

Pasaran emas akhirnya memecahkan kebuntuan apabila kembali jatuh menghampiri support terhampir sekitar $1,325 beberapa jam yang lalu.

Permintaan logam berharga ditekan dua hari berturut-turut berikutan aliran masuk safe haven melemah dengan kemajuan positif daripada isu perdagangan.

Sentimen risiko memulih pada hari Isnin yang lalu apabila Presiden Trump menangguhkan perlaksanaan tarif ke atas barangan Mexico selepas kedua-dua negara mencapai kesepakatan terhadap isu imigresen.

Mood risk-on dapat dibuktikan menerusi lonjakan yang kukuh pada hasil bon AS yang mana menunjukkan sokongan terhadap dollar serta tekanan ke atas komoditi yang didenominasi oleh dollar.

Kejatuhan walau bagaimanapun terhad apabila Trump mengeluarkan ancaman yang baru untuk menaikkan tarif ke atas barangan China jika tiada perjanjian dapat dicapai pada persidangan G20 bulan ini.

Tambahan pula dengan jangkaan Fed akan mengumumkan ‘rate cut’ sebelum akhir tahun ini, kebiasannya cenderung memberi manfaat kepada non-yielding aset seperti emas.

Oleh itu, pasaran emas memerlukan tindakan susulan daripada penjual bagi memastikan bahawa komoditi telah pun mencapai zon tertinggi bagi tempoh masa terdekat sekali gus dapat menetapkan pembetulan harga yang lebih rendah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: