Pemulihan Saham Tidak Bertahan, Peluang ‘Seller’ USD/JPY Menguji Garisan Support

Pemulihan Saham Tidak Bertahan, Peluang ‘Seller’ USD/JPY Menguji Garisan Support

Pemulihan dan lonjakan mendadak saham ekuiti AS pada hari Rabu yang lalu telah menolak USD/JPY naik ke paras 111.40. Namun sehingga jam 8 malam har

AUD Negatif Dengan Dovish RBA
USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 08/01-12/01/2018

Pemulihan dan lonjakan mendadak saham ekuiti AS pada hari Rabu yang lalu telah menolak USD/JPY naik ke paras 111.40.

Namun sehingga jam 8 malam hari Khamis, pasangan matawang telah berundur -0.41% atau 45 pips daripada rekod paras tertinggi kepada 110.91

Mood yang baik diantara para pelabur saham semakin pudar, walaupun Nikkei pada sesi Asia meningkat, indeks saham Eropah dibuka dengan kerugian yang besar dan kekal di zon merah menjelang pembukaan pasaran AS.

DAX jatuh hampir 200 mata sementara FTSE 100 kehilangan lebih 60 mata. Selain itu, saham futures juga menunjukkan isyarat bahawa saham-saham AS akan kembali negatif pada hari ini.

Dengan penutupan sebahagian kerajaan AS memasuki hari keenam dan konflik dalaman antara Trump dan Powell juga masih belum selesai secara rasmi.

Trump tidak berhenti mengkritik bank pusat atas tindakan mereka terus menaikkan kadar faedah.

Selain itu, pentadbiran AS masih berhadapan isu belanjawan apabila Trump dilaporkan tidak akan menandatangani pelan belanjawan yang baru jika permohonan dana bagi membina tembok sempadan tidak diluluskan.

Dalam senario ini, pemulihan ekuiti pada hari Rabu lalu dijangka tidak dapat bertahan menjelang laporan mingguan permohonan insuran pengangguran serta data jualan rumah baru.

Walaupun kedua-dua data di atas dilihat tidak akan memberi impak kepada sentimen, namun dapat membantu menerus atau menyekat momentum bearish bagi dagangan jangka masa pendek.

Secara teknikal, harga dilihat sedang menuju support terhampir di paras 110.40 (S1) dan jika berjaya ditembusi harga berpotensi jatuh ke paras 110.15 (S2) dan 109.80 (S3)

Harga 111.10 pula menjadi garisan resistance yang perlu dipertahankan bagi seller USD/JPY, jika gagal harga akan terus naik dan menguji semula paras tertinggi 111.40 yang dicatat semalam, kemudian ke paras 111.75.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: