Pemulihan GBP/USD Semakin Kukuh, Pendakian Kini Mensasar Harga $1.25

Pemulihan GBP/USD Semakin Kukuh, Pendakian Kini Mensasar Harga $1.25

GBP/USD mengukuhkan lagi momentum pemulihannya pada hari Khamis, keluar daripada paras terendah 27 bulan yang lalu. Tarikan positif yang berlaku s

Inflasi Australia Turun, AUDUSD Melakukan Momentum Penurunan
Keretakan Saluran Paip Di Laut Utara Meningkatkan Harga Minyak Mentah.

GBP/USD mengukuhkan lagi momentum pemulihannya pada hari Khamis, keluar daripada paras terendah 27 bulan yang lalu.

Tarikan positif yang berlaku sejak hari Rabu merupakan hasil reaksi pasaran terhadap penurunan hasil bon AS dan disokong oleh komen hawkish ketua perunding Brexit EU Michel Barnier.

Barnier menyatakan kesediaan EU untuk menggubal perjanjian alternatif bagi sempadan Irish dan komen tersebut telah mendorong GBP/USD untuk terus bergerak menghampiri zon psikologi 1.2500

Di tambah dengan sokongan peningkatan kadar jualan runcit melebihi jangkaan pada bulan Jun, momentum positif semakin kukuh memasuki pembukaan pasaran AS pada malam ini.

Jualan runcit utama UK merekodkan peningkatan yang kukuh sebanyak 1.0%, berbanding jangkaan yang melihat penurunan sebanyak -0.3%

Sehingga jam 8.40 malam, GBP/USD didagang sekitar $1.2384, naik 0.41% atau 51 pips.

Walau bagaimanapun, proses pemulihan pasangan matawang ini akan diterus diperhatikan berikutan isu politik UK dan kebimbangan terhadap isu no-deal Brexit pada 31 Oktober hadapan masih mengelabui sentimen pasaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: