Pemulihan EUR/USD Bertahan Di Atas Harga $1.12

Pemulihan EUR/USD Bertahan Di Atas Harga $1.12

Hasil tinjaun ZEW Jerman yang dikeluarkan semalam menunjukkan kelembapan ekonomi di negara-negara Eropah masih kekal, menambahkan alasan untuk bank p

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06 – 10 Febuari 2017
Potensi Penangguhan Tandatangan Pada Bill Cukai Menekan US Dollar

Hasil tinjaun ZEW Jerman yang dikeluarkan semalam menunjukkan kelembapan ekonomi di negara-negara Eropah masih kekal, menambahkan alasan untuk bank pusat mengumumkan ransangan dasar yang baru dengan memperkenalkan kembali program QE, termasuk menurunkan kadar faedah.

Data di atas telah menyebabkan EUR/USD jatuh merudum lebih 50 pips dan menguji support yang signifikan di paras 1.12 pada hari Selasa yang lalu.

Selain itu, tekanan EUR/USD turut terdorong oleh peningkatan permintaan USD selepas aktiviti perbelanjaan pengguna AS menunjukkan perkembangan yang lebih baik, menutup kelemahan tekanan inflasi yang mendatar serta kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

Namun begitu, peningkatan dollar tetap terhad dengan rate cut yang bakal diumumkan oleh Fed pada akhir bulan ini.

Jangkaan Fed untuk menurunkan 25 mata asas (bps) hampir pasti, sementara spekulasi untuk melihat pemotongan yang lebih agresif sehingga 50 bps semakin pudar.

EUR/USD walau bagaimanapun sedikit memulih pada pertengahan sesi Eropah, bertahan di atas harga 1.1200, berpunca daripada reaksi positif pasaran terhadap data akhir CPI EU yang naik melebihi bacaan awal.

Sehingga jam 7.18 petang, pasangan matawang ini didagang pada paras 1.1219, naik 0.09%

Secara teknikal, pembetulan EUR/USD perlu berada di atas zon 1.1280/90 bagi mengekalkan momentum, sebelum naik ke paras 1.1320 dan 1.1420.

Pullback pula akan membawa EUR/USD turun kembali menguji garisan 1.1200 sebelum berundur ke paras 1.1175

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: