Pasca RBA : Kenaikan AUD  Yang Membimbangkan

Pasca RBA : Kenaikan AUD Yang Membimbangkan

Pagi tadi 2 berita penting Australia telah diterbitkan iaitu Penyata Polisi Kewangan RBA dan Jualan Runcit. AUD melemah sejurus data diterbitkan namun

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017
AUD Melonjak Pasca Terbitan Minit Mesyuarat RBA

Pagi tadi 2 berita penting Australia telah diterbitkan iaitu Penyata Polisi Kewangan RBA dan Jualan Runcit. AUD melemah sejurus data diterbitkan namun ianya tidak kekal lama apabila ia kembali stabil untuk berada pada keadaan hampir tidak berubah seperti ketika di awal pembukaan sesi Asia.

Jualan runcit Australia sedikit baik berbanding jangkaan iaitu 0.3% vs. 0.2%, namun ianya tetap merosot berbanding data bulan lalu iaitu 0.6%. Namun data jualan runcit bagi sukuan kedua, kelihatan positif apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 1.5% berbanding 1.2% jangkaan dan 0.1% pada sukuan pertama. Oleh itu, jualan runcit jika dilihat secara kesuluruhan adalah positif!

Berikut adalah beberapa ‘key takeouts’ daripada Penyata Polisi Kewangan RBA pagi tadi, beberapa fakta penting sengaja ditonjolkan di dalam warna merah :

  • Mengekalkan polisi selaras dengan pertumbuhan dan sasaran inflasi
  • Inflasi rendah seimbang terhadap risiko kenaikan hutang isi rumah
  • Peningkatan AUD baru-baru ini mempunyai kesan pengenduran sederhana pada ramalan ekonomi
  • Peningkatan AUD akan mengurangkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi
  • Melihat ekonomi berkembang sekitar 3 peratus untuk dua tahun akan datang
  • Harga utiliti dijangka meningkat dalam beberapa tahun akan datang, menjadikan penambahan besar kepada indeks harga pengguna
  • Melihat pengangguran sedikit di bawah 5.5 peratus menjelang akhir tahun 2019, data pekerjaan baru-baru ini memberikan lebih keyakinan
  • Memotong ramalan KDNK untuk Disember 2017 kepada 2-3 peratus, Disember 2018 tidak berubah pada 2.75-3.75 peratus, 2019 dinaikkan kepada 3-4 peratus
  • Ramalan inflasi tidak berubah pada 1.5-2.5 peratus akhir 2017 dan 2018, 2-3 peratus pada penghujung 2019
  • Peningkatan baru-baru ini dalam sektor pekerjaan menyokong pendapatan isi rumah dan perbelanjaan
  • Pertumbuhan pendapatan dijangka kekal lemah, hanya meningkat secara beransur-ansur
  • Melihat pertumbuhan gaji sektor swasta tidak berubah untuk tahun berikutnya

Secara keseluruhan, penyata RBA kali ini agak sedikit dovish terhadap pandangan pertumbuhan ekonomi mereka dalam jangka masa pendek-sederhana namun tampak hawkish bagi tahun-tahun yang mendatang. Pada masa yang sama mereka agak bimbang AUD yang terlalu kuat bakal menjejaskan trajektori mereka tersebut.

Aussie berkemungkinan menghadapi cetusan jualan menjelang sesi pertengahan dagangan Asia atau pada pembukaan sesi Eropah nanti. Namun bagi pasangan AUDUSD, pasti mahu menunggu sehingga data NFP malam nanti diterbitkan sebelum ia melakukan pergerakan major.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: