Pasaran WTI & Brent Berehat Daripada Meneruskan Kenaikan Menjelang Laporan Bekalan EIA

Pasaran WTI & Brent Berehat Daripada Meneruskan Kenaikan Menjelang Laporan Bekalan EIA

Pasaran minyak secara keseluruhannya stabil pada hari Rabu berikutan data bekalan minyak AS yang akan dikeluarkan pada jam 10.30 malam dijangka akan

Preview News Penting Buat GBP/USD: 13/12/2017
Harga Emas Merosot Di Awal Dagangan, Perang Dagangan Terus Menjadi Tumpuan.

Pasaran minyak secara keseluruhannya stabil pada hari Rabu berikutan data bekalan minyak AS yang akan dikeluarkan pada jam 10.30 malam dijangka akan susut buat pertama kali pada bulan ini.

Namun begitu, pasaran telah dikejutkan oleh jumlah bekalan yang naik diluar jangkaan dua minggu berturut-turut pada bulan ini.

Oleh itu, untuk mencari lebih banyak maklumat tentang outlook permintaan minyak, bacaan kali ini lebih diberi perhatian apakah bekalan minyak AS akan terus memaparkan penambahan pada minggu ketiga bulan ini.

EIA dijangka melaporkan penurunan sebanyak -1.077 juta tong pada minggu lalu.

Futures WTI di NYMEX dan Brent di ICE telah melonjak naik lebih 4% selepas Trump mengesahkan akan pertemuan beliau bersama Xi Jinping pada persidangan G20 minggu hadapan.

Laporan tersebut mengambalikan harapan pelabur untuk melihat konflik perdagangan antara dua kuasa besar ini diselesaikan dengan segera.

Selain itu, konflik perdagangan yang semakin pudar akan mendorong pemulihan kepada pertumbuhan ekonomi global, sekali gus meningkatkan permintaaan komoditi dan minyak secara khususnya.

Sehingga jam 8.25 malam, WTI didagang mendatar sekitar $54.11 setong sementara minyak antarabangsa Brent di ICE berada pada paras $61.76 per tong, susut 0.61%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: